Anak Zahid Suka Bertindak Daripada Bercakap



KUALA LUMPUR, 18 Feb ― Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid maklum cabaran debat yang dikemukakan Srikandi PKR namun enggan menyatakan melayan kerenah parti itu.

Dalam satu mesej ringkas kepada ProjekMMO, anak timbalan perdana menteri itu berkata: “komen saya, tindakan lebih kuat daripada perkataan.”

Naib ketua Srikandi PKR Farah Afzan Faridi petang semalam mencabar Nurulhidayah berdebat dengan ketua mereka, Senator Siti Aishah Shaik Ismail.

Farah mendakwa kenyataan Nurulhidayah berhubung kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini “menghina golongan belia”.

“Persoalan pertama yang dibangkitkan ialah siapa beliau untuk mengeluarkan komen yang sebegitu dan sebagai ‘ikon belia’ jelas beliau juga gagal untuk mempertahankan kepentingan rakyat khususnya golongan belia di negara ini.

“Kepada Nurulhidayah, saya mengharapkan beliau menerima cabaran debat ini dan jangan hanya lagak berkokok di media semata-mata,” kata Farah.

Nurulhidayah pernah berkata isu pengambilan buruh asing tidak dipersoalkan oleh bukan Melayu kerana mereka mampu berjaya melalui hasil usaha gigih sendiri.

“Orang yang bising ini orang Islam. Ada dengar orang Cina komen? Tidak ada, bukan? Kenapa orang Cina boleh hidup di negara kita? Mereka kerja apa?” katanya semalam.

Mempertahankan hasrat kerajaan itu, beliau juga berkata kemasukan ramai pekerja asing tidak harus dijadikan isu.

“Habis, hendak bawa pekerja Korea? Hendak bawa pekerja Korea yang kacak itu bekerja dengan kita, boleh?” katanya.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Anak Zahid Suka Bertindak Daripada Bercakap"

Post a Comment