NGO Melayu Mahu Gagalkan Sidang Freemason



GEORGE TOWN, 18 Feb — Badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu di Pulau Pinang nekad untuk menghalang persidangan Freemason minggu depan jika tiada tindakan pihak berkuasa.

Kumpulan itu termasuklah Gabungan Perwakilan Melayu, Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Perwira dan Persatuan Muka Buku Pulau Pinang yang membuat aduan polis hari ini terhadap sidang Mason Scotland yang dijadual mulai 24 Februari ini.

“Selepas meneliti laman web mereka tentang persidangan itu dan walau mereka sudah bertapak lama di negara kita, kami rasa kurang senang dan tidak selesa dengan persidangan antarabangsa yang akan diadakan di sini,” kata pengerusi Jaringan Muslimin, Mohd Hafiz Mohd Nordin.

Beliau mendakwa Freemason ada kaitan dengan Zionis dan menyebarkan “teori konspirasi jahat bagi menentang Islam dan Muslim”.

Beliau mendakwa organisasi itu menyamar sebagai badan kebajikan tetapi mempunyai “agenda tersembunyi yang tidak dapat didedahkan oleh media”.




Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "NGO Melayu Mahu Gagalkan Sidang Freemason"

Post a Comment