KM Sarawak Pertimbang Semula Kesitiaan Pada PM?


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata BN negeri sedia mempertimbang semula kesetiaannya kepada Datuk Seri Najib Razak jika perdana menteri didapati bersalah dalam kes berkaitan 1MDB.

“Saya boleh beri jaminan jika beliau didapati bersalah dalam kesalahan berkaitan 1MDB, kami mungkin pertimbangkan semula kesetiaan padanya,” beliau dipetik sebagai berkata oleh The Star.

Adenan berkata demikian dalam ucapan penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, yang berakhir hari ini.

Buat masa ini, katanya, BN negeri akan terus menyokong Najib kerana beliau belum didapati mempunyai sebarang salah laku.

Katanya, sebagai perdana menteri dan ketua BN, beliau harus menyatakan kesetiaannya kepada anggota parlimen Pekan itu.

Ketua menteri menjawab soalan Yap Hoi Liong (DAP-Dudong) sama ada BN negeri menyokong Najib walaupun mereka berpendirian Umno tidak patut masuk ke Sarawak.

- Malaysiakini


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "KM Sarawak Pertimbang Semula Kesitiaan Pada PM?"

Post a Comment