Rafidah terkenang kembali Malaysia seperti zaman ‘Ola Bola’ f



Walaupun masih belum menonton filem Ola Bola, pemimpin veteran Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengenang semula bagaimana beliau membesar pada zaman seperti filem itu ketika rakyat Malaysia daripada semua kaum hidup bersama dengan aman dan damai.

Dalam tulisan Facebook terbaharu beliau, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu terkenang kembali semasa rakyat bersama-sama bersorak untuk pasukan bola sepak negara, tanpa menyedari mereka daripada keturunan yang berbeza.

"Ia merupakan sukan pertama negara yang membawa perpaduan dalam kalangan kita.

"Pada ketika apabila kita semua tidak sedar kita merupakan keturunan yang berbeza, 'Rafidah' adalah sama seperti 'Kam Who' dan 'Jeya' dan 'Pak Bee'.
"Kami hanya belia di negara kita," tulisnya hari ini.

Rafidah juga berkata semasa perayaan yang berbeza, mereka secara berkumpulan akan pergi ke rumah masing-masing.

"Ia merupakan satu pengalaman menggembirakan apabila tidak mempertikaikan tentang masyarakat kita yang berbilang kaum.

"Dan kami menghormati agama dan sensitiviti masing-masing.

"Tiada siapa yang mempengaruhi hidup kami tentang perbezaan itu," tulisnya.

Ola Bola yang ditayangkan di pawagam pada 28 Januari, berdasarkan kisah benar bagaimana pasukan bola sepak negara berjaya mengatasi kemungkinan dan mengalahkan Korea Selatan dalam perlawanan kelayakan pra-Olimpik pada 1980.

Filem diarahkan Chiu Keng Guan itu mendapat kutipan RM8 juta selepas 13 hari tayangan.

Rafidah berkata, pada masa dahulu sekolah melayan mereka dengan sama rata dan setiap orang memakai pakaian seragam sekolah yang sama.

Beliau berkata perkara sedemikian memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat yang lebih besar di luar sekolah.

Tambahnya, adalah menggembirakan apabila ramai anak muda Malaysia mempunyai rasa kekitaan terhadap negara dan sedar dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Dengan itu, Rafidah berharap sifat kekitaan ini akan memberi motivasi kepada anak-anak muda hari ini untuk menjadi lebih baik daripada generasi sebelum mereka dalam setiap aspek.

"Lakukan yang diperlukan untuk menjadi warga Malaysia yang dihormati dunia... tambah nilai kepada negara.

"Dan kukuhkan ikatan persahabatan, itu yang perlu menjadi titik permulaan bagi daya tahan berbilang kaum di Malaysia dan terus berkembang dengan harmoni," tulisnya. – 14 Februari, 2016.

- See more at: http://ift.tt/1TgjvAr


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Rafidah terkenang kembali Malaysia seperti zaman ‘Ola Bola’ f"

Post a Comment