Rakyat Palestin Tak Wujud Sebab Tiada "P"...



TEL AVIV, 14 Feb — Seorang ahli parlimen (MP) parti berhaluan kanan Israel menjadi bahan cemuhan di Knesset selepas mendakwa rakyat Palestin tidak wujud kerana tiada bunyi huruf “P” dalam bahasa Arab.

“Saya mahu merujuk sejarah, apa tempat ini, tentang Jurusalem, tentang Palestin, seperti kita tahu, bahasa Arab tidak ada huruf ‘P’, jadi kata pinjaman ini perlu juga diteliti,” kata Anat Berko, wakil parti Likud di sidang parlimen Rabu lalu.

Bahasa Arab memang tiada huruf “P”, sebaliknya Palestin dalam Arab disebut dengan huruf “F”, seperti juga bahasa Ibrani, “Falastin”, jelas akhbar berpengaruh di sini Haaretz dalam laporannya.

“Apa? Semua orang dengar kata-katanya ini? Adakah anda bebal?” bidas Tamar Zandberg. Namun dibalas Berko: “[Kenyataan saya] ini fakta. Saya akan hantar kepada kamu, semuanya betul.”

Seorang lagi wakil rakyat, Osama Sa’adi, kemudian meninggalkan dewan sebagai membantah kenyataan Berko.

Kenyataan salah ahli parlimen berkaca mata itu dibuat semasa dewan membahaskan saranan parti Buruh berhubung isu pemisahan dari Palestin.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dalam perbahasan itu bertikam lidah dengan pemimpin parti Buruh, Isaac Herzog.

Pemimpin negara itu memperkecilkan Buruh yang didakwa “baru sedar” tentang realiti dan mengakui penyelesaian dua negara, antara Israel dengan Palestin, tidak mungkin terjadi.

Herzog dalam reaksi balasnya pula mencabar Netanyahu merampas kawasan Palestin. “Kita tengok apa yang akan berlaku,” katanya.



Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Rakyat Palestin Tak Wujud Sebab Tiada "P"..."

Post a Comment