Umno Selangor Gesa Papan Iklan ‘Bebas Anwar’ Disiasat




PETALING JAYA, 22 Feb — Umno Selangor telah meminta pihak berkuasa menyiasat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor kerana membenarkan papan tanda #BebasAnwar dipamerkan di beberapa kawasan di negeri itu.

Ketua penerangan Umno Selangor Datuk Zein Isma Ismail berkata kandungan papan tanda yang dipamerkan itu dianggap mencabar keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semua tahu yang dia (Anwar) ditahan kerana salah lakunya terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan dan bukannya dia tahanan politik.

“Bagaimana PBT Selangor boleh luluskan? Ini serius dan apa yang lebih teruk papan tanda itu turut mempamerkan logo PKR,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di ibu pejabat polis daerah Sungai Buloh di sini hari ini.

Katanya, papan tanda dengan gambar bekas ketua pembangkang itu serta tulisan “Bebas Rakyat, Bebas Anwar” itu dipamerkan di beberapa kawasan di Selangor antaranya di Ampang Jaya, Kepong dan Rawang.

Zein Isma, yang juga ketua Umno bahagian Subang, mahu polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta beberapa agensi lain segera menyiasat perkara ini.

“Tindakan mereka (kerajaan Selangor) ini tidak boleh diterima, ini menunjukkan terdapat penggunaan wang rakyat telah disalah guna kerajaan negeri,” katanya.


- See more at: http://ift.tt/1QyWrOe


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Umno Selangor Gesa Papan Iklan ‘Bebas Anwar’ Disiasat"

Post a Comment