Zizie Izette Tidak Abai Bung Moktar



KUALA LUMPUR, 22 Feb — Pelakon Zizie Izette menafikan tohmahan bahawa beliau mengabaikan suaminya Datuk Bung Moktar Radin yang kini terlantar sakit.

Zizie melalui Instagram miliknya semalam memuatkan gambar masakan untuk ahli parlimen kontroversi itu yang selesai menjalani pemindahan buah pinggang baru-baru ini.

“Asam pedas gaya Sabah! Satu bergaram dan bergula, satu lagi kurang garam tiada gula.

“Faham-fahamlah orang baru hendak sihat ini, semua kena dikurangkan. Kasih sayang saja yang bertambah,” katanya.
Kakak pelakon popular Shaheizy Sam turut meletakkan hashtag “jangan cakap akak tidak jaga suami”, “ada benda tidak perlulah dicoret”, “kalau tidak coret bukan tidak sayang” dan “jangan cari dosa”

Rata-rata pengguna Instagram dalam ruangan komen memuji kebolehan Zizie, isteri kedua Bung Moktar yang berasal dari Semenanjung, memasak hidangan Sabah dan mendoakan kesihatan suaminya.

“Betul, ada perkara peribadi sesetengahnya tidak perlu ditulis. OK kak, manusia memang suka cari silap kita. Nanti bila kita sudah berjaya pun mereka akan terus begitu. Dunia ini banyak manusia lalang dan menangguk di air yang keruh,” kata Nurafidah Mustaffa di laman sosial itu.


@manisbyarna pula berkata: “Setuju. Tidak tulis, bukan tidak sayang. Bukan semua perkara perlu ditulis tanda kita ambil berat pada suami. Terbaik, datin.”
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Sabtu lalu meluangkan masa kira-kira 15 minit menziarahi Bung Moktar di Pusat Perubatan Prince Court di sini.
Isteri pertamanya Nor Asidah Alimuddin berkata suaminya menerima rawatan di pusat perubatan itu hampir dua minggu selepas menjalani pembedahan buah pinggang di luar negara.

“Keadaannya semakin pulih dan doktor menasihatkan dia (Bung Moktar) berehat,” katanya seperti dipetik Bernama.

Zizie, 38, dan Bung Moktar, 57, berkahwin pada tahun 2009. Mereka mempunyai anak angkat Naila Nurjannah.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Zizie Izette Tidak Abai Bung Moktar"

Post a Comment