Dalang Jual Kereta Klon Ditangkap



Sepasang suami isteri yang menjadi dalang dalam kegiatan penjualan kereta klon beraya ditahan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini semalam.

Suspek yang berusia 47 tahun dan 30 tahun itu diberkas oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Penguatkua- saan Khas Trafik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kira-kira pukul 1 pagi ketika berada dalam sebuah kereta klon jenis Volvo S80.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Nadzri Hus- sain berkata, sebanyak enam buah kenderaan klon berjaya dirampas ke­tika serbuan dilakukan di kawasan tersebut.

"Hasil risikan selama seminggu, sepasukan ang­gota berjaya memberkas sepasang suami isteri ke­tika mereka sedang memandu salah sebuah kere­ta klon jenis Volvo S80. Sindiket tersebut didapati menyimpan kesemua kereta klon pelbagai jenis itu di kawasan meletak kenderaan di tingkat lima dan enam terminal itu.

"Lima jenis kenderaan lain yang turut dirampas ialah Toyota Vios, Toyota Wish, Jaguar X-Type, Audi A4 dan Mini Cooper," katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur di sini se­malam.

Nadzri berkata, siasatan awal mendapati, kereta klon tersebut dibawa ma- suk dari Singapura ke ibu negara melalui Tambak Johor dan kedua-dua sus­pek dipercayai bertindak sebagai ejen untuk menjual kenderaan itu.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, kereta jenis Volvo S80 yang dipandu oleh suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu yang sebenarnya merupakan nombor sebuah kereta yang berada di Alor Gajah, Melaka.

"Pemeriksaan yang di­lakukan ke atas nombor casis kesemua kenderaan menunjukkan ia tidak mempunyai sebarang rekod berdaftar di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Cukai jalan yang dilekat kan pada kenderaan klon terbabit juga palsu," ujarnya.

Dalam pada itu, Nadzri memberitahu, pembeli boleh mendapatkan se­buah kereta klon dengan modal serendah RM4,500 bergantung jenis kende­raan.
Tambahnya lagi,

pihaknya memerlukan masa untuk menyiasat dan mendapatkan maklumat berkaitan sindiket berkenaan dan pada masa sama memperhebatkan usaha mengesan jika sindiket yang ditahan mempunyai hubung kait dengan kes-kes yang berlaku di beberapa buah negeri yang lain.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Dalang Jual Kereta Klon Ditangkap"

Post a Comment