PIBG SK Kami 1 Mesyuarat Tanpa Dr Vida





PASIR PUTEH - Mesyu- arat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kamil 1 di sini semalam berlangsung seperti biasa tanpa kehadiran jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr. Vida.

Tinjauan Kosmo! mendapati mesyuarat PIBG yang dihadiri kira-kira 500 ibu bapa dan guru-guru SK Kamil 1 diadakan di dewan sekolah berkenaan dirasmikan secara sederhana oleh Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh, Harun Yusof bermula pada pukul 8 hingga 11.30 pagi.

Namun ada segelintir ibu bapa yang hadir ke sekolah kelihatan memakai pakaian berwarna merah jambu yang menjadi warna korporat syarikat kecantikan yang diasaskan Dr. Vida.

Jemputan ke atas Dr.Vida untuk merasmikan mesyuarat PIBG SK Kamil 1 itu dibatalkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Puteh ekoran perkara tersebut mencetuskan kontroversi.

Seorang suri rumah, Raja Kartina Raja Mohd. Yusof, 36, berkata, sama ada Dr. Vida hadir atau tidak pada mesyuarat semalam ia tidak mempe- ngaruhi kedatangannya ke mesyuarat tersebut.

"Setiap tahun saya akan datang ke mesyuarat ini bagi mengetahui perkembangan pendidikan tiga orang anak saya yang ber- sekolah di sini," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Bagi, Shikin Wan Mohd. Saufi, 33, dia dan suami bergilir-gilir untuk ke mesyuarat PIBG pada setiap tahun sebagai tanda menyokong pihak sekolah yang mendidik generasi baharu.

"Sebenar- nya anak-anak teruja untuk berjumpa secara lebih dekat dengan ahli perniagaan itu namun akur denganarahan PPD bagi menjaga nama baik pihak sekolah," jelasnya.

Turut hadir pada mesyu­arat PIBG ialah Guru Besar SK Kamil 1, Che Samsudin Che Amat, Yang Dipertua PIBG, Kamariah Mat Noor dan Punolong Pengarah Penglibatan Ibu Bapa dan Koinuniti (PIBK) Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Rashidi Ya@Zakaria.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "PIBG SK Kami 1 Mesyuarat Tanpa Dr Vida"

Post a Comment