Warga Asing Mabuk Peluk Penyayi



KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan se- orang warga Nepal yang didakwa mencabul se- orang penyanyi jalanan wanita dalam kejadian di hadapan kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tu- anku Abdul Rahman di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, mangsa berusia 23 tahun yang merupakan ahli kumpu- lan Genji Buskers itu dikatakan sedang bersiap untuk melakukan persembahan sebelum mangsa didatangi suspek yang tidak dikenalinya dari arah belakang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, suspek kemudiannya bertindak memeluk dan meraba mangsa sebelum dilihat oleh suaminya yang turut sama berada di lokasi kejadian

 "Melihat kejadian itu, suami mangsa bertindak menolak suspek menyebabkan warga Nepal itu jatuh dan tercedora. Suspek dibiarkan tertiarap di laluan pejalan kaki di Dataran Sogo sebelum dibantu oleh polis bantuan.

"Hasil siasatan awal mendapati, suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk berdasarkan percakapan dan bau alkohol pada dirinya. Suspek hanya mengalami kecederaan ringan pada baha- gian hidung," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Difahamkan, suspek kemudian dilihat menuju ke Kompleks Pertama sebelum menghilangkan diri.
Tambah Zainuddin, orang ramai dan saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi polis un­tuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 1 minit 53 saat selain beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang warga Nepal tertiarap di hadapan kompleks beli-belah Sogo menjadi viral di laman sosial sejak kelmarin.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Warga Asing Mabuk Peluk Penyayi"

Post a Comment