Isteri Simbah ASID Suami Curang



KAJANG — Gara-gara tidak tahan dengan sikap curang suami, seorang wanita bertindak menyimbah asid ke atas lelaki itu dalam kejadian di Taman Megah di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam, mangsa yang bekerja sebagai pendawai elektrik berusia 48 tahun melecur 64 peratus bahagian badan dan masih dirawat di Hos­pital Kajang.

Kosmo! difahamkan, suspek yang bekerja sebagai jurujual bertindak demikian selepas dia tidak tahan dengan sikap suami- nya yang meneruskan hubungan sulit dengan wanita lain sejak tiga tahun lepas.

Sebelum itu, suspek berusia 51 tahun itu dikatakan cuba menasihati sua- minya supaya memutus- kan hubungan dengan kekasihnya itu namun nasihat itu tidak diendahkan oleh si suami.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard berkata, siasatan awal menda- pati, kejadian terbabit berlaku ketika mangsa sedang tidur di biliknya sebelum isterinya me­nyimbah asid yang diisi di dalam sebuah botol kaca.

"Akibat kesakitan, mangsa menjerit dan telah didengari oleh anak lelaki pasangan itu yang be- rada di luar rumah," kata beliau ketika ditemui di sini semalam.

Menurut beliau, anak mangsa terus membawa bapanya ke Hos­pital Kajang manakala wanita itu ditahan pada pukul 10 pagi pada hari sama.

"Sehingga pukul 6 petang hari ini (semalam), mangsa masih berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.

"Siasatan mendapati, badan mangsa melecur 64 peratus bermula dari kepala hingga ke paras lutut," jelasnya.

Katanya, suspek direman enam hari bermula semalam dan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Kosmo-Khamis 18 2 2016 .ms.6- Negara


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Isteri Simbah ASID Suami Curang"

Post a Comment