Israel Pun Ada Orang Islam,Salahkah Mereka Beli Hijab Neelofa





Ramai pula yang nak jadi mufti facebook,mufti twitter dan mufti blogger dalam isu penjualan hijab ke Israel melalui penghantaran pengeposan.

Isu penjualan hijab oleh Naelofar Hijab menjadi bualan sehingga kemeja minum dalam warong mamak.

Kebarangkalian,sambil-sambil minum arak juga ada yang memandang jijik penghantaran produk muslim dari Naelofar Hjab dan mungkin juga orang Islam yang berkesedudukan tanpa ikatan sah juga jadikan bahan bualan utama mereka.

Sambil-sambil minum tatap wanita seksi sehingga menimbulkan perasa sahawat itu tak apa ke?.duduk duduk lepak sambil ngumpat itu tak apa ke?

Produk dari Naelofar Hijab itu dihantar kepada siapa kalau bukan kepada orang Islam? dan dalam dunia ini ada tak negara yang tidak ada orang Islam? kalau ada tolong nyatakan diruangan komen.

Badan Pusat Statistik Yahudi pernah mengeluarkan kenyataan, bahwa hingga akhir tahun 2014 jumlah umat Islam mencapai *1.454 orang Islam yang mendiami di berbagai wilayah Zionis Israel.

Dalam laporan terbaru yang dikeluarkan badan yang sama pada hari Isnin 21/09/2015 menyatakan, bahawa jumlah di atas(*1.454) termasuk dalam kiraan 303.000 orang Islam yang tinggal di kota Al Quds Timur, yang dianggap bangsa Yahudi sebagai sebahagian dari wilayahnya sejak tahun 1967.

Pada 2014,Badan Pusat Statistik Zionis Israel mencatat,bahawa kota Rahat di selatan Israel adalah kota terbesar dihuni umat Islam di negara Yahudi, dengan populasi penganut Islam mencapai 60 ribu orang.

Bahasa Percakapan

Perbualan seharian mereka menggunakan bahasa Arab juga bahasa resmi Israel dan bahasa Hebron.Majoriti umat Islam yang berada di Israel saat ini beraliran Sunni.

Kalau ada yang berang tak tentu pasal mengenai isu berkaitan eloklah cepat-cepat ingat Allah kerana sesuatu yang dijadikan Allah pasti ada hikmahnya.

Adakah orang Islam di Israel tak boleh berurusan atau membeli barangan negara lain kerana negaranya bernama Israel?.

Jangan tengok jijik Israel sahaja,sebaliknya lihatlah jijik pemikiran sendiri.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Israel Pun Ada Orang Islam,Salahkah Mereka Beli Hijab Neelofa"

Post a Comment