Najib Bertindak Seperti ‘Sun Tzu’ Terhadap Mahathir



Najib telah melakukan perkara yang paling epik, malah Lim Kit Siang terpaksa akur bahawa mata sekarang adalah 10 – 0, menyebelahi Najib. Dan sebab itulah saya menyokong Najib. Ia adalah kerana saya sukakan pemenang dan memandang rendah kepada orang yang kalah dan merengek seperti budak kecil kehilangan gula-gula.

http://ift.tt/1oa5DMl

Oleh Raja Petra Kamarudin
 “Pengaruh Mahathir semakin berkurang dalam zaman politik baru Malaysia,” kata Shahnon Teoh kepada The Straits Times (Singapura). Shahnon berkata:
Penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah merupakan satu tamparan baru buat usaha keras yang diterajui oleh bapanya, Mahathir Mohamad, untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak.

Pemberontakan UMNO Kedah terhadap anak kepada pemimpin Malaysia yang telah berkhidmat paling lama itu dilihat begitu jelas sebagai pertarungan antara mantan Perdana Menteri dan penggantinya.
“Fear factor’ Mahathir sudah tidak wujud lagi dalam UMNO, malah di negerinya sendiri,” tulis Malaysian Insider dalam satu ruang editor individu yang telah menghadapi pelbagai cabaran semasa 22 tahun berkuasa sehinggalah tahun 2003.
“Beliau sudah menjadi tidak relevan terhadap kuasa yang dipamerkan oleh penyandang jawatan,” kata Oh Ei Sun, fellow S.Rajaratnam School of International Studies (RSIS) kepada The Straits Times.
Mantan Perdana Menteri itu mungkin masih mempunyai helah dalam diam, tetapi Najib telah menunjukkan kesediannya untuk menggunakan kuasa sepenuhnya, tidak kira betapa kontroversi, untuk menangkis dan menghapuskan sebarang ancaman. Baca selanjutnya: http://ift.tt/20bRla4

 “Kit Siang berkata Najib semakin kuat selepas setiap skandal,” itu adalah headline Free Malaysia Today yang melaporkan:
Ia adalah satu paradox yang besar dalam politik Malaysia apabila Perdana Menteri Najib Abdul Razak semakin kukuh walaupun ‘skandal demi skandal’ yang melanda,  keluh Ahli Parlimen Gelang Patah yang digantung, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.
“Perdana Menteri yang sering dilanda masalah itu telah meraih satu lagi kejayaan dengan menjatuhkan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan digantikan dengan Ahmad Bashah Md Hanipah.”

Kejayaan Najib dalam memaksa Mukhriz untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah mungkin membawa kemenangan sebanyak 10 – 0 terhadap musuhnya, sejak enam bulan yang lalu, menurut Lim. Baca selanjutnya: http://ift.tt/1nNCRRp

Sebagaimana yang telah saya katakan pada tahun 2015 apabila ramai di kalangan anda yang menjangkakan Perdana Menteri Najib Tun Razak akan disingkirkan dan akan menjadi sejarah sekiranya bertahan sehingga pertengahan 2015 – atau Julai paling lama. Dan apa yang saya telah katakan adalah Najib akan menjadi Perdana Menteri sehingga Krismas 2015, seterusnya ke pilihan raya umum akan datang – dan apabila beliau meninggalkan jawatannya adalah apabila penggalnya berakhir dan tarikh yang dipilih beliau sendiri.

Tetapi ramai di kalangan anda yang merupakan pakar analisa politik yang lebih tahu. Raja Petra Kamaruddin sudah tidak boleh dipercayai. Beliau telah tinggal di luar Malaysia untuk satu masa yang lama. Beliau sudah tidak tahu apa yang berlaku di Malaysia. Apa yang Raja Petra tahu?

Satu perkara yang pasti, saya tahu lebih daripada anda. Saya adalah seorang yang digelar ‘realist’. Dan anda pula apa yang digelar sebagai ‘berangan’. Dan sebab itulah otak saya lebih baik daripada anda, terutamanya yang jenis ‘Red Bean Army’ Pakatun dan DAP.

Sebagaimana yang saya tulis dalam artikel Rabu lalu, ‘Mukhriz’s misstep, he ignored the physics in politics’ (Baca di sini: http://ift.tt/1R0UPvv ). Pertama, Mukhriz tidak bagus dalam kira-kira, jadi dalam hal ini, Najib telah mengalahkan Najib sebatu. Dan anda hanya memerlukan seinci untuk menang.
Kedua, Tun Mahathir dianggap sebagai bos kepada bos-bos yang lain. Ringkasnya, sebagai ‘Godfather’.
Dalam erti kata lain, sebagaimana yang diakui kebanyakan orang, UMNO adalah sebuah parti ‘Warlords’ (seperti parti-parti politik lain di Malaysia termasuk pembangkang) tetapi di kalangan ‘warlords’ ini semua, ketuanya adalah Dr Mahathir.

Dan apabila anda seorang ketua kepada semua ‘warlords’ ini, tiada siapa yang berani mengganggu keluarga anda. Sekiranya terdapat individu yang ingin menukar ketua itu, padah akan menimpa diri sendiri atau keluarga anda.

Secara pendeknya Ketua ‘warlord’ ini tidak boleh disentuh. Dan sekiranya anda berani mencabar beliau, anda perlu mengambil alih dan menjadi ketua yang baru.

Jadi inilah yang telah dilakukan oleh Najib. Beliau telah ‘mengganggu’ anak ketua itu. Apabila ketua tersebut menimbulkan ‘kekecohan’, Najib secara diam telah mengorak langkah. Tanpa alasan panjang, Najib telah ‘pancung’ anak ketua ‘warlord’ tersebut.
Dan tahukah anda perkara menarik yang dilakukan Najib? Sekiranya anda tidak tahu, Najib telah menyerahkan semuanya kepada istana. Najib hanya duduk dan melihat bagaimana istana menyingkirkan Mukhriz. Dan itu adalah perkara yang paling klasik.

Joceline Tan telah menulis mengenainya dalam artikel ‘Mukhriz finally agrees to go’ dan ‘the Journey ends for mukhriz’ pada 4 & 4 Februari lalu.

Mukhriz telah mengemukakan surat peletakan jawatan selepas 6 petang. Cubaan ketiga untuk membuat beliau menandatangani surat berlaku setelah 3 ahli dari ‘Regency Council’ mengadakan perbincangan tertutup antara mereka di pejabat yang terletak di Wisma Darul Aman. Selepas itu, Setiausaha Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri bertemu Mukhriz berkenaan surat perletakan jawatannya. Kapalnya tenggelam pada tengah hari Selasa apabila jelas terbukti kumpulan yang menentangnya mempunyai 18 Ahli Dewan Undangan Negeri berbanding tiga daripada kemnya dan 15 ADUN pembangkang.
Kedah


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Najib Bertindak Seperti ‘Sun Tzu’ Terhadap Mahathir"

Post a Comment