'1.6 Juta Kakitangan Awam Masih Ada Pekerjaan Kerana GST'


PUTRAJAYA - 1.6 juta kakitangan awam di Malaysia diingatkan bahawa mereka masih kekal dalam jawatan masing-masing kerana adanya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), demikian kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

"GST dilaksanakan bukan untuk menyusahkan rakyat, tetapi adalah penyelamat kepada rakyat Malaysia. Dengan keadaan harga minyak jatuh AS$20 setong, Malaysia masih mampu mengekalkan semua penjawat awam.

"Tiada seorang pun yang kita hentikan termasuk pegawai-pegawai lantikan kontrak," katanya ketika menghadiri Hari Kastam Sedunia yang ke 34.

Difahamkan, kerajaan mempunyai 1.6 juga penjawat awam, manakala 10,000 kakitangan kontrak.

"Kita masih mampu menyediakan biasiswa, memberi bantuan BR1M dan sebagainya. Keadaan ekonomi dan kewangan negara amat stabil ini adalah salah satu faktor kerajaan melaksanakan GST," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "'1.6 Juta Kakitangan Awam Masih Ada Pekerjaan Kerana GST'"

Post a Comment