TPPA: Mampukah Malaysia Bersaing Dengan Negara² Maju?


Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

Seorang professor dan pakar ekonomi memberikan perumpamaan yang mudah. Kita dan jiran kita bersetuju untuk berkongsi tempat parkir di rumah masing-masing. Ini bermakna, kita boleh parkir kereta di rumahnya dan dia juga boleh parkir keretanya di rumah kita. Perjanjian yang bijak kan? 

Tetapi, kita hanya ada sebuah kereta. Manakala jiran kita ada banyak kereta. Jadi, apa yang berlaku adalah, semua kereta dia diparkirkan di rumahnya dan rumah kita. Kita tidak boleh marah atau keluarkan kereta dia sebab nanti dia boleh saman kita pula.

Lama kelamaan, kereta kita tidak boleh diparkirkan sebab semua kereta jiran ada di kedua-dua rumah. 

Faham?

Kita adalah Malaysia, negara kecil yang dalam proses membangun. Manakala jiran kita itu adalah negara-negara maju yang besar eksportnya. 

Pengalaman saya berniaga di luar negara

Amat sukar produk dari Malaysia hendak menembusi negara-negara maju ini terutamanya di Eropah. Dari cabaran nak comply dengan pelbagai standard and regulations serta branding dan volume (economic of scale). 

Kalau dapat masuk pun (setelah pelbagai cabaran dan comply regulations), nak bertanding head to head memang susah sebab volume mereka lebih besar dan mereka boleh jual benda berkualiti pada harga yang lebih rendah. Ini kerana volume amat tinggi dan kos per unit lebih rendah secara umum. Kadang-kadang mereka letak harga lebih rendah gila-gila nak grad market supaya kita exit. 

Sebenarnya, Asia adalah market yang terbaik untuk expand market sebab sedang grow dengan bail. Manakala di Eropah dan negara maju pula, perkembangan/growth di sana sudah tepu dan negatif. Memang mereka nak sangat expand di sini.

Jadi, siapa rugi? Fikir-fikirkanlah sendiri. Wallahu'alam. - Zikri Fuad | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "TPPA: Mampukah Malaysia Bersaing Dengan Negara² Maju?"

Post a Comment