Akibat Derhaka Suami Badan Busuk Sebelum Mati



Esah (bukan nama sebenar) adalah seorang guru agama yang disegani di kampung yang agak terpencil di daerah selatan semenanjung. Beliau alim dalam hal-hal agama. Setiap kali jika ada kelas yang dianjurkan di kampung, Esahlah yang diundang untuk mengajar kaum-kaum hawa tentang hukum-hakam yang patut diketahui oleh kaum hawa. Beliau tidak pernah meninggalkan solat dan itu diperakui oleh semua orang. Segala tunjuk ajar dan kata-kata nasihat darinya tidak dipandang remeh oleh orang kampung.

Ramai para wanita di kampung itu bercita-cita ingin menjadi sepertinya, wanita muslimin sejati dan isteri yang solehah. Beruntung sungguh si Leman (bukan nama sebenar) beristerikan Esah. Dalam pada itu, diwaktu yang sama, ramai yang tidak tahu bahawa Esah bukanlah seorang wanita dan isteri yang solehah sepertimana orang-orang kampung ketahui.

Sebenarnya Esah telah melakukan sesuatu yang jauh menyimpang dari apa yang beliau pelajari dan ajarkan. Sebenarnya dalam diam-diam beliau telah mengamalkan ilmu kebatinan untuk menundukkan suaminya. Leman yang kini jadi pak turut, menurut sahaja kemahuan Esah dan tidak berani membantah. Esah juga suka mengata, mengumpat keji serta berbohong dan ini telah diperakui sendiri oleh suaminya Leman yang telah menanggung sengsara akibat perbuatan isteri kesayangannya itu. Esah telah banyak menyusahkan orang lain dengan fitnahnya sehinggakan suasana yang baik menjadi sebaliknya.

Kahar, teman baik Leman adalah tempat untuk Leman meluahkan segala-galanya. Hanya Kahar yang tahu siapa Esah yang sebenarnya. Sesungguhnya Kahar amat bersimpati kepada nasib sahabatnya Leman tetapi apa yang boleh beliau lakukan. Hanya berdoa pada Tuhan agar Esah berubah. Tidak cukup dengan apa yang dilakukan kepada Leman, Esah juga telah berlaku curang kepada Leman dengan melakukan perbuatan terkutuk bersama lelaki lain.

Apabila beliau keluar, suaminya yang sakit telah diabaikan dan menyuruh ibunya memasak untuk Leman sedangkan beliau keluar rumah berpoya-poya. Suami mana yang tidak cemburu dan sakit hati bila melihat isterinya berkelakuan sebegitu. Esah sebenarnya sering bertemu dengan seorang lelaki berbangsa Inggeris dan melakukan perbuatan sumbang.

Sudah puas Leman bersabar di atas perbuatan isterinya itu, hingga pada suatu masa, Leman memberanikan diri menegur Esah. Apalagi, Esah terus melenting dan dijerkahnya Leman sehingga Leman tidak berani lagi bersuara. Leman sering kali tewas berdebat kerana Esah amat cekap menipu dan handal berhujah tentang ilmu agama. Akhirnya si suami tidak lagi berani menegur Esah kerana selalu kalah apabila bertikam lidah. Leman mengambil sikap berdiam diri dan berserah kepada Tuhan.

Perbuatan curang Esah berlarutan selama bertahun-tahun. Pada suatu hari, akibat derita yang tidak tertanggung oleh Leman, beliau ditakdirkan meninggal dunia. Sedikitpun Esah tidak merasa bersalah di atas kematian suaminya malah kelakuannya semakin menjadi-jadi. Orang kampung yang begitu memandang tinggi kepadanya, kini sudah berubah sejak kematian Leman. Orang kampung kini sedar siapa Esah sebenarnya. Namun, Esah tidak peduli semua itu. Beliau semakin berseronok-seronok dan berbangga dengan gaya hidupnya yang sesat itu. Esah merasakan hidupnya seperti di Syurga, khayal dengan nikmat dan kemewahan dunia.

Langit tidak selalu cerah, begitu juga dengan kehidupan Esah. Kegemilangan hidup Esah kian pudar, diwaktu Esah menjangkau usia 55 tahun, kesihatannya agak lemah sehingga beliau jatuh sakit. Lepas satu doktor ke satu doktor ditemui, namun tiada perubahan pada dirinya. Hendak meminta tolong orang kampung, malu pula. Lagipun semua orang kampung telah memulaukannya. Dosa-dosa yang dilakukan diwaktu mudanya tidak langsung terfikir oelh Esah. Beliau merasakan segala-galanya berlaku kerana faktor usianya yang kian meningkat. Tiada langsung keinsafan dalam dirinya.

Apalagi menziarahi kubur arwah suaminya Leman, langsung tidak pernah. Esah merasakan hidup ini adalah miliknya. Berkemungkinan Tuhan telah menutup pintu hatinya. Esah menderita sakit hampir sebulan lamanya. Akibat penderitaan yang ditanggung seorang diri di rumah usangnya itu, jiran-jiran dan saudara mara akhirnya bersimpati dan tidak putus-putus datang menziarahi berliau untuk menolong apa yang patut.

Setelah sekian lama kampung tidak dihebohkan tentang cerita-cerita sensasi Esah, kini kembali gawat. “Seminggu sebelum Esah meninggal dunia, keadaan diri Esah amat menderita dan keadaannya amat mengerikan”, cerita Kahar, 60 yang merupakan saksi pada peristiwa itu. Kahar sempat menziarahi Esah untuk beberapa waktu sebelum Esah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Seminggu sebelum Esah meninggal dunia, tubuh badan Esah sudahpun berbau busuk seperti bangkai yang sudah lama. Jika tidak mengenangkan sahabat lama tidak sanggup rasanya hendak saya menjenguknya. Jangan kata atas rumah, daripada bawah rumah sudah boleh menghidu bau busuk pahit itu”, kata Kahar.

“Saya sudah berpengalaman dalam menguruskan jenazah. Manusia itulah yang paling busuk dan busuknya amat pahit”, sambungnya lagi. Kebayakkan orang yang datang melawat Esah tidak sanggup mendekatinya keran tidak tahan dengan bau busuk itu. Semua pelawat terpaksa menutup hidung dengan sapu tangan dan selendang. Sampai ada juga yang muntah-muntah selepas terhidu bau itu.

“Saya perhatikan, punca bau busuk itu sebenarnya datang dari lendir yang keluar dari kemaluan Esah. Cecair itu keluar sedikit-sedikit tetapi tidak putus-putus”, cerita Kahar. Lendir yang keluar dari kemaluan Esah makin lama makin banyak sehinggakan melekat pada lantai, kain-kain dan sekitar badan Esah menyebabkan baunya hinggap merata-rata.

“Yang menghairankan waktu itu Esah masih bernyawa lagi, tapi baunya macam mayat yang diperam seminggu”, sambung Kahar dalam nada terharu. Orang yang hadir tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut lendir itu terkena pada badan mereka seterusnya bau akan melekat. Maka tiada sesiapapun yang berani mendekati Esah, hanya sekadar membaca surah Yassin dalam jarak jauh.

Dalam hari ke hari Esah tidak berubah, semakin lama semakin ramai orang kampung menziarahinya untuk melihat sendiri keadaan Esah yang begitu menyedihkan itu. Genap seminggu, keadaan Esah semakin teruk dan keadaannya amat mengerikan. Sewaktu nazak, kelakuannya sungguh luar biasa. Lidahnya terjelir-jelir seperti anjing kehausan dan melakukan perkara yang mengaibkan. “Apa yang saya dapat perhatikan, lidah Esah terjelir dengan amat panjang. Dengan lidahnya yang panjang itu, beliau menjilat-jilat ke lantai dan mengiau dengan mengerang seperti bunti kucing bergaduh”, cerita Kahar mengingati peristiwa yang tidak dapat dilupakannya sehingga kini. Penderitaan yang ditanggung Esah berpanjangan sebelum beliau menemui ajal.

“Esah meninggal dengan matanya celik dan lidahnya terjulur panjang, amat menyedihkan pada sesiapa yang melihat”, sambung Kahar lagi. Orang ramai berusaha untuk memasukkan semula lidah Esah yang terjulur keluar itu, namun hampa, mujurlah ada seorang hamba Allah yang pandai memasukkan kembali lidah Esah yang terjelir itu. “Alhamdullilah, dengan izin Allah lidah Esah berjaya diamsukkan semula. Jika tidak tentu malu keluarga Esah”, kata Kahar.

Disebabkan keaiban mayat Esah dan bau yang begitu busuk, tidak ada seorangpun orang kampung yang mahu menguruskan jenazah Esah. Jadi, daripada mengkafan hinggalah mengkebumikan mayat Esah, terpaksa dilakukan oleh ahli keluarga terdekat sahaja. Begitu kisahnya seorang yang derhaka pada suami, suka bercakap dusta, pengetahuan agama yang tinggi telah diselewengkan mengikut kata nafsu yakni menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri dan mengecewakan orang lain dengan kelebihan ilmu agama yang dimilikinya.

Tuhan Maha Kaya. Sewaktu di dunia lagi Tuhan sudah tunjuk pada kita. Peristiwa yang berlaku pada Esah ini boleh dijadikan iktibar dan teladan bagi kita yang masih hidup ini. Semoga kehinaan yang menimpa beliau menjadi peringkatan pada kita umat Islam.

- http://ift.tt/20cWOmk


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Akibat Derhaka Suami Badan Busuk Sebelum Mati"

Post a Comment