Ahmad Bashah Tiada Dalam Senarai Calon MB Kedah


PUTRAJAYA - Individu yang paling lantang mengkritik dan menggesa dengan tegas agar Mukhriz berundur dari jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah, dilaporkan tidak tersenarai dalam calon Menteri Besar Kedah yang baru. 

Ketiadaan nama ADUN Bakar Bata, Ahmad Bashah, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memang telah dijangkakan bagi mengelakkan Najib melakukan rombakan kecil dalam Kabinet Persekutuan.

Tiga nama yang dicalonkan ialah:
  1. ADUN Guar Chempedak Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail
  2. ADUN Ayer Hangat Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid
  3. ADUN Bayu Datuk Azmi Che Husin
Portal The Star melaporkan, para pegawai Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir kini sudah mula mengemas keluar barangan dari pejabat dan kediaman rasminya di Sri Mentaloon, Alor Setar.

Lapor media tempatan, Menteri Baru Kedah dijangkakan akan mengangkat sumpah pada Isnin depan, namun Mukhriz menafikan berita itu.

Mukhriz yang ditemui di luar Masjid Negara menyatakan bahawa dia tidak menerima sebarang maklumat seperti itu.

"Saya tidak boleh komen. Sumber anda adalah ragu-ragu," katanya.  - THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Ahmad Bashah Tiada Dalam Senarai Calon MB Kedah"

Post a Comment