Jual Barang Tamat Tempoh Pasaraya Disebu


SHAH ALAM, 3 FEB: Sebuah pasaraya terkenal diserbu dalam satu operasi khas Majlis Perbandaran Klang (MPK) atas kesalahan menjual barangan tamat tempoh.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz, berkata beberapa barangan disita setelah didapati melanggar Akta Makanan 1983.

MPK SITA“Ia melibatkan beberapa produk makanan kerana Kesalahan Label Makanan, barangan telah tamat tempoh (barang lama), tin didapati kemek (rosak) serta beberapa kesalahan lain.

“Mana-mana premis yang menjual makanan sudah tamat tarikh luput, rosak, tercemar, tidak berlabel dan tidak mempunyai maklumat lengkap akan berdepan tindakan tegas termasuk sitaan dan operasi seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa,” katanya dalam kenyataan.

Norfiza berkata, operasi itu dijalankan Jabatan Kesihatan dengan diketuai oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (Kanan) Mazlan Gany, bagi melindungi pengguna dari bahaya kesihatan dan penipuan.

MPK SITA 1“Pengguna dinasihatkan agar sentiasa berwaspasda terutama menjelang musim perayaan terutama dari segi mutu makanan,label bungkusan makanan dan juga perlu memastikan makanan yang di beli berkualiti, bersih dan bermutu.

“Orang ramai juga perlu memastikan barangan yang dibeli di dalam tin tidak berkarat, menggelembung atau kemek serta mempunyai tarikh luput bagi mengelakkan masalah berkaitan kesihatan,” katanya.

-Selangor Kini


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Jual Barang Tamat Tempoh Pasaraya Disebu"

Post a Comment