Virus Zika Menyebabkan Bayi Baru Lahir Otak Kecil



GENEVA - Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Margaret Chan  kelmarin mengisytiharkan virus Zika yang semakin merebak di Amerika Selatan sebagai darurat kesiha­tan global.

B e 1 i a u berkata, ia berikutan peningkatan mendadak kes mikrosefali iaitu keadaan teruk apabila bayi dilahirkan dengan kepala dan otak kecil yang berpunca daripada virus bawaan nyamuk yang memerlukan perhatian antarabangsa.

"Keadaan itu kini merupakan darurat kesihatan awam yang memerlukan perhatian semua di peringkat antarabangsa," tegas beliau.

WHO sebelum ini menerima tekanan untuk bertindak pantas bagi menangani penularan virus Zika selepas mengakui badan itu lambat bertindak ketika wabak Ebola menular di beberapa bahagian di barat Afrika tahun lalu.

Menurut Chan, satu mesyuarat dalam kalangan pakar kesihatan yang menganggotai jawatankua- sa darurat badan tersebut telah bersetuju terdapat satu hubungan yang kuat antara jangkitan Zika ketika mengandung dan mikrosefali tetapi belum dibuktikan secara saintifik.

"Kluster kes-kes mikrosefali dan lain-lain komplikasi saraf menjadikannya satu kejadian luar biasa dan satu ancaman kesihatan awam kepada dunia," katanya.


WHO minggu lalu menge- luarkan amaran virus bawaan nyamuk itu sedang 'merebak pantas' di benua Amerika dan menyatakan rantau itu mungkin menyaksikan sehingga empat juta jangkitan kes Zika sepanjang tahunini.

Selama berpuluh tahun sejak Zika pertama kali dikesan di Uganda pada tahun 1947, virus bawaan nyamuk itu sebelum ini tidak membawa ancaman besar dan cuma menyebabkan demam ringan kepada manusia.

Walaupun gejala jangkitan virus itu sehingga kini keliha- tan tidak berbahaya, terdapat semakin banyak petunjuk mengaitkannya dengan mikrosefali dan sejenis penyakit saraf jarang ditemui dikenali sebagai Sindrom Guillain-Barre sehingga mening- katkan kebimbangan ramai.

Chan menegaskan, dunia tidak boleh melengahkan mengkordi- nasikan langkah perlindungan terhadap penularan Zika di ka- wasan-kawasan yang terjejas dan juga jauh daripadanya.

Brazil merupakan negara per­tama yang menarik perhatian dunia terhadap krisis tersebut, memb^ri amaran pada Oktober lalu mengenai sebilangan kes mikrosefali yang tiba-tiba muncul di timur laut negara itu. - AFP



Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Virus Zika Menyebabkan Bayi Baru Lahir Otak Kecil"

Post a Comment