'Sedih Bila Orang Cakap Kenapa Muka Kami Tak Sama'


Kenal Cik Atenn Azlan? Ya, itu kakak sulung saya. Bila orang tengok dia, mesti orang akan kata,

"Eh? Kenapa kak long tak sama muka dengan adik-adik dia yang lain?"

Kak long kurus, pendek, mata pun besar. Korang nak tahu kenapa dia sangat berbeza dengan adik beradik dia yang lain? Sebab kak long sakit.

Ya sakit, dia menghidap thyroid. Dia sakit sejak berumur 15 tahun, sebab itu tumbesaran dia terbantut, tak tinggi dan kurus sahaja.

Kalau tengok gambar dia sebelum sakit, muka dia sebijik seperti muka adik saya, Nabila Huda dan dia comel orangnya. Sekarang lagi comel sebab dia kecil.

Tetapi itulah, sedih bila orang cakap kenapa muka dia tidak sama dengan adik beradik yang lain. Kak long pula selalu merendah diri dan selalu cakap dia tidak cantik, tidak lawa. 

Tetapi dia perlu tahu bahawa, saya cemburu dengan dia. Dia seorang yang sangat penyabar dan sangat menghormati suaminya. Dia tidak pernah meminta kemewahan dari suaminya. Dia boleh naik motosikal pergi ke mana-mana dengan suami dia. 

Saya? Naik kereta panas sikit dah membebel cakap kereta rosak kena tukar baru. Ya Allah, jauh berbeza dengan saya. Harap-harap selepas ini boleh mencontohi perangai Kak Long yang tidak pernah merungut dalam kehidupan.

Walaupun dia menganggur, tidak pernah sekali dia call/WhatsApp/message nak pinjam atau minta duit daripada saya. Sedangkan saudara yang lain bukan main call nak pinjam. Tetapi kak long tak pernah minta. 

Padahal dialah yang mendaftar SPA 8 untuk saya selepas saya terpaksa diberhentikan dari universiti. Dialah yang memberikan motivasi kepada saya selepas tamat pengajian diploma. 

"Jangan kecewakan mak dan ayah dik," katanya. 

Saya sayang Kak Long. Semoga impian dan cita-cita kak long menjadi seorang penulis tercapai. Semua orang suka dengan bakat penulisan kak long sampaikan puan di kolej saya pun follow Facebook dia. Senior staff di Operation Theater pun selalu typo "Aifa ni adik Cik Atenn eh?" haha! Hebat betul. - Aifa Asyikin Azlan | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "'Sedih Bila Orang Cakap Kenapa Muka Kami Tak Sama'"

Post a Comment