Noh Omar Perlu Tahu Strategi Media Sosial,Bukanya Tahu Cakap.



UMNO Selangor harus bijak merancang strategi media sosial agar semua yang dilakukan tersebar dimedia sosial secara keseluruhan.
Media Shah Alam memuji usaha mengadakan portal seperti Selangor Post dan Umno Selangor walaupun dilihat ketinggalan dari sudut waktu yang sepatutnya.

Pada PRU 13 Umno Selangor dilihat tidak bermaya dari sudut tentera saiber kerana lambat bertindak melahirkan angkatan siber bagi mengimbangi serangan pembangkang.
Antara bentuk kesalahan dalam penyebaran maklumat

Kali ini Umno Selangor perlu mengimbau kembali sejarah bagaimana pembinaan Hosptal Shah Alam yang lambat siap menjadi punca serangan Ahli Parlimen Shah Alam,Khalid Samad dan lain-lain ADUN yang tidak pro kepada Barisan Nasional.

Hanya saat-saat akhir barulah muncul beberapa blog atau portal dan facebooker bangkit untuk menangkis serangan daripada pihak musuh, itu pun blog ,portal,facebooker terpilih sahaja.

Ertinya,tidak banyak berita tersebar kerana blog,portal dan facebooker yang dipilih sahaja menjadi tungak utama kepada penyebaran.
Sebab itu juga segala program yang dilakukan oleh Umno Selangor juga kurang menyerlah di media sosial yang kini layak digelar media digital berikutan pelbagai aplikasi boleh digunakan untuk penyebaran.

Kesilapan penyebaran juga harus diperbetulkan,jangan main sebar sahaja,penulis sering kali jadi pengujung di facebook page milik Umno bahagian di Selangor.

Apa yang penulis temui hanyalah gambar-gambar program tanpa menyatakan keterangan jelas seperti,nama program,jumlah kehadiran,bentuk sumbangan dan sebagainya.

Jauh sekali untuk mendapat ucapan penuh oleh ketua bahagian,ketua pemuda,ketua puteri,ketua wanita atau mana-mana organisasi dan orang perseorangan.Sedangkan setiap program ada ucapan dan ada kehadiran.

Inilah yang dikatakan kelemahan pada pihak Umno Selangor yang perlu diubah dan ditingkatan pengetahuan penyebaran maklumat.

Sifat suka menyebar maklumat melalui satu aplikasi seperti WhatsApp dan Email juga satu kelemahan,kerana ia hanya sampai kepada individu/kumpulan dan individu itu pula hanya ambil maklum dan tidak menyebarkan.

Kelemahan pada perancang strategi media sosial Umno Selangor yang dipikul oleh orang yang dikenali penulis juga amat ketara.Beberapa kali mesyuarat telah dilakukan,namun,'tidak membuahkan hasil lumayan.

Strategi pertama belum pun dilaksanakan,strategi baru pula diketengahkan dan begitulah setiap kali mesyuarat sehingga pakar strategi propaganda juga naik jemu dan akhirnya muka pun tak nampak.

Penulis tidak berniat untuk memburukkan organisasi media sosial Umno Selangor,sebaliknya cuba menegur demi sebuah perubahan kerana strategi yang bailk jika tidak dilaksanakan satu persatu ibarat cermin yang diselaputi habuk.Akhirnya bayang pun tak nampak.

Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Noh Omar berkata, antara punca utama UMNO Selangor gagal pada pilihan raya lalu adalah disebabkan kelemahan jentera media sosial Umno sendiri yang gagal menangkis dan menyerang pihak lawan dalam sesuatu isu atau fitnah yang dilemparkan.

Penulis nak tanya,sebelum PRU 13 ada berapa blog dan facebooker di setiap Umno bahagian di Selangor yang benar-benar ditubuhkan untuk menangkis isu yang dibangkitkan pembangkang dan Noh Omar sendiri pun tak tahu hal ini sebanarnya.

Untuk pengetahuan Noh Omar,Umno Selangor perlu kepada tentera cyber sendiri di setiap bahagian.
Kenapa?

Orang Umno dalam Bahagian sahaja yang tahu jalan-jalan menuju kerumah ketua mereka,jadi kenapa pada PRU 13 dulu tak wujud tentera cyber dalam Umno bahagian.

Penulis jalanan ini mulai jadi blogger pada tahun 2007 dan penulis akui tidak tahu masalah dibahagian lain selain dari Bahagian Shah Alam.

Isu perlu di tangkis disetiap bahagian sebelum keperingkat negeri dan persekutuan,dan Umno Selangor perlu mendahuli  strategi media sisoal bermula disetiap bahagian,kerana tidak siapa yang tahu masalah kampung lain kecuali penduduk tempatan.

Tapi pada kempen PRU 13,kelihatan Umno Selangor menyerahkan penyelesaian menangkis isu yang dibangkitkan oleh pakatan pembangkang negeri kepada blogger dan facebooker yang tidak tahu menuju kerumah ketua bahagian ,ertinya blogger dan facebooker luar bukanya orang tempatan.Penulis rasa Noh Omar tahu hal ini.

Kesilapan sendiri haruslah tanggung sendiri,kanapa pula jentera media sosial yang dibabitkan,sepatutnya jentera media sosial yang diberi tanggungjawab itu perlu dikaitkan.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Noh Omar Perlu Tahu Strategi Media Sosial,Bukanya Tahu Cakap."

Post a Comment