Perlukah Tindakan Tegas Diambil Terhadap DR Mahathir?



Polis perlu mengambil tindakan tegas terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menulis kata-kata yang bersifat menghasut rakyat untuk memben- ci dan menghina Yang di-Pertuan Agong, sistem pentadbiran negara dan badan kehakiman.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata kegagalan polis mengambil tindakan terhadap bekas Perdana Menteri itu seolah-olah memperlihatkan pasukan keselamatan mengam­bil tindakan pilih kasih.

Katanya, Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengisytihar- kan semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan Dr Ma­hathir jangan merasakan sebagai bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO beliau boleh terlepas dikenakan tindakan undang-undang.

"Tun Dr Mahathir jangan ingat beliau kebal daripada kuasa un­dang-undang dan berani menen- tang undang-undang dalam cubaan beliau menolak kepemimpinan Perdana Menteri," katanya dalam catatan terbaharu di akaun Facebooknya mengulas tulisan Dr Mahathir dalam blog cetdet.cc bertajuk 'Peguam Negara Kepada Peguam Negara'.

Annuar yang juga Pengerusi MARA berkata, Dr Mahathir sepatutnya tahu bahawa tulisannya itu jelas bersifat menghasut ke­rana ketika menjadi Perdana Menteri, menggunakan undangundang mendakwa orang di atas kesalahan yang sama.

Bangkit perasaan tak setia
Katanya, jelas sekali Dr Mahathir dalam tulisannya sengaja mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan, satu kesalahan di bawah Perkara 3 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

Selain itu, katanya dakwaan Dr Mahathir bahawa 'Peguam Ne­gara ketika sudah dilantik oleh Perdana Menteri melalui maklumat kurang tepat yang dipersembahkan kepada Yang diPertuan Agong' juga bersifat menghasut melanggar Perkara 3 (1) (a) Akta Hasutan 1948, iaitu mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan pera­saan tidak setia terhadap mana- mana Raja atau Kerajaan.

"Malah dakwaan Dr Mahathir itu sememangnya adalah satu penghinaan kepada Yang di-Per- tuan Agong, menunjukkan seolah olah Yang di-Pertuan Agong adalah seorang bodoh yang boleh dengan saja diperdayakan," katanya.

Annuar berkata, beliau tidak begitu pasti apa tujuan sebenar Dr Mahathir menulis sebegitu, mungkin untuk menggerakkan sokongan bagi menjatuhkan Per­dana Menteri atau dengan senga­ja menjemput pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya untuk mendapatkan simpati ramai.

"Katanya, Dr Mahathir kini ti­dak mempunyai asas moral un­tuk berceramah atau merungut mengenai sistem perundangan dan kehakiman negara ini kerana beliau sebenarnya yang merosakkannya melalui kes pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas, dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh dan Datuk George Seah pada 1988.

Salahkan diri sendiri
"Jika ada pun apa-apa cacat cela dengan sistem sekarang, beliau patut menyalahkan diri beliau sendiri kerana beliau yang mengasaskarinya. Pada masa sama tuduhan Dr Mahathir tidak disertakan dengan apa-apa bukti sekalipun, sangatlah dikesali kerana ia tidak menepati kedudukan be­liau sebagai seorang Negarawan.

"Sedangkan dalam perkara ini, Peguam Negara mempunyai keistimewaan dan mempunyai akses penuh kepada semua kertas siasatan yang membolehkan be­liau membuat keputusan tepat mengenai isu berbangkit, mana- kala Dr Mahathir tidak mempu­nyai akses berkenaan.

"Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan memberikan budi bicara mutlak kepada Peguam Negara 'untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan' dan bahawa budi bi­cara ini tidak boleh dicabar da­lam mahkamah!katanya.

7 Februari 2016


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Perlukah Tindakan Tegas Diambil Terhadap DR Mahathir?"

Post a Comment