Penduduk Setuju Penyatuan Melayu




Tumpat: Lebih 1,000 penduduk sekitar Pasir Pekan di sini, menyokong agenda penyatuan Melayu dalam usaha memerangi ancaman kumpulan militan IS.

Kehadiran mereka dalam jelajah Penyatuan Melayu siri ketiga anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) itu dilihat sebagai simbolik perpaduan dalam kalangan masyarakat Melayu, khasnya pemimpin tanpa mengira fahaman politik.

Presiden MTRK, Azmi Ali, berkata langkah pertama yang perlu dilaksanakan adalah dengan mengadakan penyatuan dalam ka­langan pemimpin Melayu tanpa mengira parti politik.

Sasaran pihak iri hati
"Saya yakin sekiranya orang Me­layu di negara ini tidak bersatu, pastinya akan menjadi sasaran pihak tertentu yang iri hati de­ngan Malaysia.

"Dengan ancaman IS hari ini, ia boleh teijadi di mana-mana sahaja, malah negara jiran iaitu In­donesia sudah diserang pasukan militan terbabit," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Siri jelajah penyatuan Melayu sejak Ogos tahun lalu sudah diadakan di Tanah Merah dan Chetok, Pasir Mas.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Penduduk Setuju Penyatuan Melayu"

Post a Comment