Saya Memang Seksi,Biarlah Apa Orang Nak Kata


KUALA LUMPUR, 6 Feb ― Pelakon Nor Albaniah Raffie tidak memandang serius pihak tertentu yang mengkritiknya berpenampilan seksi walaupun usia mencecah hampir setengah abad.

Albaniah, 46, berkata untuk apa menyembunyikan identiti kerana penampilannya selama ini adalah memaparkan dirinya yang sebenar.

“Saya cuma menjadi diri sendiri. Saya menang jenis begini. Mengapa perlu saya menipu orang lain dengan menjadi seseorang yang bukan diri sebenar.

“Saya tidak kisah orang nak kata apa kerana saya sendiri yang mengharungi hidup ini, bukan mereka. Kalau mereka ingin mengata, biarkan sahaja,” katanya dalam satu wawancara disiarkan Kosmo! hari ini.

Tahun lepas, Nor Albaniah menerima kecaman kerana tersebar gambar beliau semasa bercuti di pantai.

Ibu tunggal beranak satu masih belum mempunyai kekasih hati walaupun sudah ditinggalkan suami 20 tahun lalu kerana kemalangan jalan raya.

Katanya, bakal teman hidupnya perlulah sama atau lebih baik daripada ciri-ciri yang ditunjukkan arwah suami.

“Bukan mudah mencari pengganti. Dia merupakan lelaki paling jujur yang pernah saya kenal sepanjang hidup,” katanya merujuk kepada arwah.

“Ternyata, selepas 20 tahun berlalu, saya masih belum dipertemukan dengan mana-mana lelaki yang memiliki ciri-ciri tersebut.

“Saya pernah mahu mencari pengganti tetapi kalau pengganti tidak mampu membahagiakan, lebih baik saya menyendiri sahaja,” dia dilaporkan berkata.

Pelakon filem Adik berkata mungkin kerana imejnya yang seksi dan kasar membuatkan lelaki sukar mendekatinya.

Katanya, jika masih tidak bertemu calon suami yang bersesuaian maka hidup bersama anak tunggalnya adalah pilihan terbaik.

“Ya, memang tiada lelaki yang berani mendekati saya.

“Ada juga yang menunjukkan usaha untuk berkenalan, tetapi kalau ia tidak ada ciri-ciri lelaki budiman seperti yang saya harapkan, tidak mengapalah, saya lebih rela hidup menjanda,” katanya kepada akhbar itu.




Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Saya Memang Seksi,Biarlah Apa Orang Nak Kata"

Post a Comment