Ahli PAS Sokong Deklarasi Rakyat Perlu Tampil Beri Penjelasan



KUALA LUMPUR, 7 Mac: Majlis Tertinggi PAS akan memanggil empat orang ahli parti untuk menjelaskan alasan mengapa menyertai majlis Deklarasi Rakyat yang diadakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, mesyuarat yang diadakan parti pada minggu lalu telah bersetuju untuk menolak ajakkan Dr Mahathir menghadiri majlis tersebut.

“Kita akan panggil mereka untuk jelaskan kenapa mereka hadir. Untuk dikenakan tindakan displin itu kita tak tahu lagi. Kita dengar dulu apa alasan mereka hadir ke majlis itu,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Empat orang ahli PAS yang dimaksudkan oleh Takiyuddin itu adalah Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Difahamkan, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad sebelum ini telah memberitahu bahawa PAS tidak akan mengambil tindakan terhadap ahli mereka yang hadir ke majlis tersebut kerana menurutnya mereka hadir sebagai individu bukan mewakili parti.

Walaubagaimanapun, menurut Ketua Penerangan PAS, Nasaruddin Hassan pula, dua orang ahli PAS yang hadir dalam majlis Dr Mahathir itu adalah untuk ‘mengorek’ maklumat mengenai majlis tersebut.

“Dua orang ahli PAS yang hadir dalam majlis deklarasi itu adalah untuk dapatkan maklumat dan mereka telah pun mendapat kebenaran dari Presiden yang hadir,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Ahli PAS Sokong Deklarasi Rakyat Perlu Tampil Beri Penjelasan"

Post a Comment