Deklarasi:UMNO Patut Berhati-Hati Dengan Wayang PAS


Perjuangan PAS dari fasa negara Islam kepada negara berkebajikan tidak mungkin terjadi jika tidak terbentuknya Pakatan Rakyat yang telah terkubur akibat perselisahan parti itu dengan DAP mengenai hudud.

DAP tidak bersetuju dengan perjuangan PAS untuk mendirikan negara Islam yang dilaungkan sejak penubuhan parti itu.Oleh kerana semangat pemimpin PAS berkobar-kobar untuk menumbangkan UMNO-Barisan Nasional hasrat untuk mendirikan negara Islam terbubar pada muktamar parti itu kali ke57.

Dalam sidang media dimuktamar itu Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberi tahu media,bahawa penubuhan “negara kebajikan” adalah lebih penting dari penubuhan “negara Islam”.

Itu wayang PAS dengan DAP yang tidak ditayangkan pada umum sejak bercerai dengan DAP

Kali ini PAS mahu cipta wayang apa pula berkaitan dengan deklarasi jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib?.

Sebelum hari deklarasi di adakan, Setiausaha Agung pari itu dalam satu kenyataan berkata,PAS menolak pelawaan Dr Mahathir untuk hadir ke majlis Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib dari jawatan Perdana Menteri.

Tiba hari deklarasi diadakan muncul pula muka beberapa pemimpin PAS yang sangat dikenali malah berada sebaris dengan Dr Mahathir dan Lim Kit Siang.

Apabila dibangkitkan oleh pengamal media sosial tentang kehadiran beberapa pemimpin PAS makanya timbul penjelasan bercanggah antara satu sama lain.

Kata Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, di mana menurutnya, sebahagian daripada pemimpin PAS yang hadir dalam majlis Deklarasi Rakyat pada Jumaat lepas adalah diizinkan dengan tujuan untuk mengambil maklumat dan wakil yang dihantar adalah Datuk Mustafa Ali (Pengarah Pilihanraya PAS) dan Dr Khairuddin Aman Razali (Ketua Penerangan Dewan Ulama).

Soalnya siapa yang izinkan kalau bukan Presiden parti PAS Abdul Hadi Awang? dan ia selari dengan pengakuan yang dibuat Dr. Khairuddin yang memberitahu kehadirannya mendapat keizinan daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Manakala Mustafa Ali pula memberitahu media bahawa kehadirannya tidak mewakili PAS sebaliknya atas urusan peribadi,tetapi Mustafa harus tahu dia adalah ahli PAS dan masih memegang jawatan peting dalam perti itu.

Namun begitu,menurut Setiausaha Agung PAS, parti akan memanggil keempat-empat ahli PAS yang menyertai majlis deklarasi tersebut untuk memberi penjelasan tujuan mereka hadir ke majlis itu sedangkan majlis tertinggi parti telah bersetuju untuk tidak menyokong agenda Dr Mahathir itu.

Kalau tidak menyokong agenda Dr Mahathir. Kenapa Dr Khairuddin kata dia hadir dengan izin presiden atau beliau hanya jual nama Abdul Hadi? untuk lepas tengkok sendiri.

Ketika Majlis Syura Ulama PAS bersetuju parti Islam itu meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketakwaan demi memperkukuhkan dan memperjuangkan Islam banyak pendapat yang mengatakan PAS dan UMNO akan bergabung.

Menjelas maksud kerjasama antara PAS dan UMNO,Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS,katanya,’ kerjasama yang diperlukan bukanlah PAS bergabung dengan UMNO, tetapi bekerjasama untuk menegakkan dan mempertahankan Islam demi kebaikan rakyat dan negara.

Jika itu niat murni PAS berkerjasama dengan UMNO,kenapa ada pemimpin PAS hadir pada majlis gerakan jatuhkan Perdana Menteri,sedangkan Islam sendiri larang keras menjatuhkan pemimpin.

Wayang PAS ini perlu diambil perhatian oleh seluruh kepimpinan UMNO kerana pastinya kita tidak mahu perangai puak-puak Abu Lahab dan Abu Jahal lahir ditengah-ditengah ketamadunan politik moden hari ini.

-Hot Kelate


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Deklarasi:UMNO Patut Berhati-Hati Dengan Wayang PAS"

Post a Comment