BOM:Malaysia Tawar Bantuan Kepada Indonesia


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia akan menawarkan bantuan kepada Indonesia dalam apa jua cara susulan beberapa serangan bom yang menggegarkan Jakarta semalara.

Dalam tweet terkini beliau, Najib menyatakan rasa terkejut dan amat sedih dengan serangan itu.
"Malaysia sentiasa sedia mem- bantu dalam apa juga cara. Ingatan dan doa kepada rakyat Indonesia," kata Najib.

Sementara itu, Kementerian Luar Malaysia memaklumkan bahawa setakat ini tiada rakyat negara ini yang dilaporkan terlibat dengan kejadian letupan bom di Jakarta, Indo­nesia semalam.

Orang ramai yang mahu meng- hubungi pihak kedutaan Besar Ma­laysia di Jakarta boleh membuat panggilan telefon di talian 0062 21 5224 947.

15.1.2016-Kosmo





Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "BOM:Malaysia Tawar Bantuan Kepada Indonesia"

Post a Comment