'Selalu Je Lelaki Yang Kita Nak Kenal Itu Suami Orang'


Sekarang saya sendiri merasai situasi mengapa anak-anak dara lebih gemar dengan lelaki yang sudah berkahwin. Situasi ini berlaku di KFC Wangsa Maju, semalam.

Selepas habis bermain bowling di Wangsa Walk, saya singgah makan di KFC. Di depan meja saya ada dua gadis sedang makan. Saya rasa mereka berdua pelajar universiti.  Selang dua buah meja pula, ada tiga lelaki muda. 

Memang ketara yang ketiga-tiga mereka sedang mengusha dua gadis terbabit sehingga salah seorang dari mereka meninggalkan nota. Dari apa yang saya dengar, mereka berikan nombor telefon salah seorang daripada mereka.

Dua gadis itu boleh tahan juga cantiknya tetapi mereka buat muka tak ada perasaan. Cuma ada sesekali bila saya terpandang mereka dan mereka terpandang saya, saya senyum tanda hormat. Kemudian teruskan kerja saya menghabiskan burger. 

Tidak lama selepas itu, dua gadis berkenaan bangun dan beredar. Salah seorang dari mereka tertinggal buku. Saya yang kebetulan juga telah habis makan terus bangun mencapai buku itu dan mengejar mereka.

"Adik! Buku adik tertinggal ni," kata saya pada mereka.

"Oh! Terima kasih abang. Abang makan seorang-seorang saja ke? Tak ada kawan teman kan?" soal gadis itu.

"Tak ada, seorang saja. Baru habis main bowling dan datang isi perut di sini. Baiklah, saya balik dulu ye," kata saya. Namun belum sempat saya melangkah gadis itu menahan. 

"Abang! Kejap, kejap," pintanya.

Saya menjadi keliru seketika, kejap apanya? Gadis itu pergi pada rakannya yang sedang menunggu dalam kereta. Mereka berborak seketika sambil memandang saya. Tidak beberapa lama kemudian, gadis itu kembali semula. 

"Abang ada WeChat tak? Kawan saya itu malu tetapi dia nak add abang di WeChat," katanya.

"Ada WeChat tetapi tak apalah. Beritahu kawan adik tu terima kasih banyak-banyak. Lagipun saya sudah ada dua isteri,". 

Serta merta gadis itu buat muka terkejut membuatkan saya tergelak kecil. 

"Betullah dah ada dua isteri dah," sambil menunjukkan wallpaper telefon bimbit. 

"Oh, dah kahwin ke. Selalulah orang yang kitorang nak kenal dah berkahwin belaka," gumamnya kecil. 

"Laa, tadi kan ada budak-budak lelaki tu siap beri nombor telefon. Kenapa tak nak kenal dengan mereka saja?" tanya aku pada dia yang masih kelihatan kecewa. 

"Hmm.. entahlah. Biasanya lelaki-lelaki sebaya kami yang muda ini tidak matang sangat, poyo. Kami mahukan lelaki yang nampak matang sikit dan membuatkan kita rasa agak selamat gitu. Camne eh nak cakap," katanya.

"Tak apa, inshaAllah jumlah jodohnya nanti. Okaylah, jaga diri," lalu saya mengundur diri. 

Sebelum itu saya juga sempat memberikan kad bisnes bekam sebagai promosi. Di dalam kad, tertera nombor telefon saya dan isteri pertama. 

Kesimpulannya, gadis-gadis muda ni mahukan lelaki yang membuatkan mereka rasa selamat bila bersama. Saya yakin saja budak-budak bujan terpelajar ramai saja yang ada aura sebegini. Cumanya lagi ramai anak muda lelaki yang jenis 'huha²'.

So gais, anjak paradigma okay. Kang kalau kami yang sudah beristeri ini tambah cawangan, korang juga yang bising nanti. Hehe! - Fais Al-Hajari | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "'Selalu Je Lelaki Yang Kita Nak Kenal Itu Suami Orang'"

Post a Comment