Akhirnya Fizo Omar Memohon Maaf


Fizo Omar, 31, yang sebelum ini berang restorannya yang baru 3 minggu beroperasi dikritik secara terbuka di media sosial akhirnya mengambil langkah mengalah. 

"Saya bersyukur dan berterima kasih dengan setiap komen yang diberikan. Mereka sudah menjadi mata dan telinga saya. Dalam perniagaan, saya tidak berseorangan, sebaliknya dibantu juga oleh pekerja yang lain.

Artikel berkaitan:
"Sekiranya apa yang dimuat naik dan disebarkan itu berlaku, saya wajar bertanggungjawab. Justeru, saya tidak menyalahkan teguran dan kritikan mereka. Malah saya beruntung kerana masih ada individu yang sudi mengambil berat," katanya. 

Jelas Fizo, restorannya yang beroperasi di Bangi itu menerima lebih dari 1,000 pelanggan setiap hari. Dalam situasi seperti itu, apa-apa sahaja boleh berlaku dan pelanggan juga terpaksa beratur. 

Mengulas mengenai tindakan pelanggannya meluah rasa tidak puas hati mereka di laman sosial dan juga blog, Fizo menganggap itu adalah cara terbaik.

"Sekiranya mereka tidak berbuat demikian, sudah tentu saya tidak tahu kelemahan perniagaan saya. Tambahan pula, sebelum ini saya jarang berada di restoran atas urusan kerja-kerja yang lain. Alhamdulillah selepas beberapa insiden, banyak perkara yang telah diperbeutlkan dan dipertingkatkan. Salah satunya ialah memberi teguran kepada pekerja terbabit/ 

"Meskipun kritikan yang dilemparkan berbaur negatif, namun saya menganggap ia sebagai bentuk promosi dan pemasaran. Sejak dari viralnya perkara itu, semakin ramai pelanggan yang datang berkunjung sehingga tidak menang tangan," katanya. 

Tambah Fizo, tujuan beliau membuka restoran itu sebagai hadiah kepada ibu dan isteri tercinta dan dalam pada masa yang sama dia mahu memberikan peluang pekerjaan kepada orang lain. - THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Akhirnya Fizo Omar Memohon Maaf"

Post a Comment