Diperintah 3 Tahun Tinggal Di Asrama Tunas Bakti


KLANG - Nur Amirah Athirah yang mengemparkan rakyat Malaysia kononnya dia diculik oleh dua lelaki India hari ini diperintah untuk dihantar ke Asrama Akhlak Tunas Bakti selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret Klang, selepas mengaku bersalah. 

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Nor Asma Ahmad yang berkuatkuasa hari ini, lapor Harian Metro.

Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali berkata, ibu bapa remaja itu juga dikenakan bon untuk melawat anak mereka sebulan sekali. 


"Remaja itu akan ditempatkan bermula dari tarikh jatuh hukuman (hari ini). Jika ibu bapanya gagal melawatnya, akan menyebabkan mereka didakwa," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Diperintah 3 Tahun Tinggal Di Asrama Tunas Bakti"

Post a Comment