Tony Pua Tiada Standard Manusia



KUALA LUMPUR 14 Jan. – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, dianggap tidak profesional dan mengelirukan rakyat dengan kenyataan demi kenyataannya terhadap Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, Pua juga menyalahgunakan kedudukannya sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dengan menyerang syarikat pelaburan milik kerajaan itu menerusi medium yang salah.

Malah, beliau menyifatkan ahli parti pembangkang DAP itu tidak mempunyai standard sebagai anggota PAC dan ahli Parlimen kerana memilih untuk membincangkan isu besar seperti 1MDB di pentas politik secara terbuka tanpa bukti dan kehadiran saksi.

“Kita kesal kerana dia masih mengungkit isu mengenai 1MDB dan berucap di pentas politik tanpa memberi peluang kepada saksi untuk menjawab. Pastinya ini satu tindakan tidak adil kepada Arul Kanda.

“Jangan turunkan standard anda sebagai ahli PAC dan ahli Parlimen dengan menggunakan pentas politik untuk bincangkan isu besar seperti 1MDB dan sepatutnya gunakan platform PAC sebab proses PAC adalah adil, teratur dan saksama,” katanya selepas merasmikan Seminar Pengurusan Strata - Baik, Buruk dan Hodoh di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor; Presiden Pengasas BMAM, Tan Sri Teo Chiang Kok; Presiden Persatuan Pengurusan Bangunan (BMAM), Tan Sri Eddy Chen dan Pengurus Bangunan Berdaftar, Richard Chan.

Hari ini, Pua mengeluarkan kenyataan terhadap Arul Kanda yang perlu bertanggungjawab terhadap dakwaannya berhubung firma milik negara itu boleh memperoleh tawaran yang lebih baik dalam penjualan aset sekiranya pembangkang tidak menakutkan pelabur dengan mempolitikkan isu tersebut.

Pua menyifatkan jika pembangkang tidak pernah berhenti mendedahkan skandal RM50 bi­lion melibatkan 1MDB dan me­nuntut firma tersebut lebih bertanggungjawab, pastinya Arul Kanda mempunyai tugas lebih mudah dalam melupuskan aset 1MDB bagi menutup kerugian yang dialami.

Sehubungan itu, Abdul Rahman meminta Pua supaya menggunakan kedudukannya sebagai ahli PAC untuk bertanya apa sahaja perkara kepada Arul Kanda menerusi prosedur yang ditetapkan memandangkan Arul Kanda sudah pun membuat dua kali pertemuan dengan ahli jawatankuasa berkenaan.

“Ini lagi mudah kerana setiap persoalan dan jawapan akan direkod dan ia boleh dirujuk semula jika perlu,” jelasnya.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Tony Pua Tiada Standard Manusia"

Post a Comment