Dipukul Sampai Mati



Seorang pegawai bank maut dipercayai dipukul berhampiran bank tempatnya bekerja di Pekan Telupid, kira-kira 130 kilometer (km) dari sini, awal pagi semalam.

Henry Edoos, 43, dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah ditemui oleh orang awam di tangga tepi bank berkenaan kira-kira jam 6.30 pagi dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Du­chess of Kent, di sini.

Mangsa dari Kampung Silad, Ranau, dipercayai dipukul sekitar jam 4 pasi oleh individu tak dikenaii ketika mahu ke rumah sewanya di tingkat atas bank tempatnya bekerja.

Sebelum kejadian, mangsa dipercayai pergi ke sebuah kedai berhampiran bank terbabit sebelum berkunjung ke se­buah pusat hiburan di sini, kira-kira jam 7.30 petang kelmarin.

Luka di kepala
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V Sivanathan, berkata siasatan awal menda- pati mangsa dipukul dengan objek keras menyebabkan lu­ka di kepala dan lebam di muka.

Katanya, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak dan retak pada tempurung kepala.
"Polis masih menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada bank untuk mengetahui pergerakan mangsa dan melihat apa yang berlaku.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent un­tuk proses bedah siasat," ka­tanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sivanathan turut meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian itu agar tampil untuk membantu sia­satan.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Dipukul Sampai Mati"

Post a Comment