Fathia Anggap Hubungan Aiman dan Aida Sekadar Gosip



Umum mengetahui kisah Fathia Latiff dan Aiman Hakim sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Figura kelahiran Pulau Pinang ini bagaimanapun bersikap secara profesional dalam kerjayanya apabila disoal jika selepas ini akan digandingkan bersama dalam drama mahupun filem.

"Sejujurnya kita harus bersikap optimis dan profesional sama ada dalam bidang lakonan mahupun dalam industri apa pun yang diceburi.

Baca: 4 TAHUN BERCINTA: FATHIA NIAT MAHU KAHWIN

"Jika ada peluang untuk digandingkan bersama semula dalam drama atau filem, saya terima sahaja, saya bersikap profesional. Malah, kami juga masih berhubung walaupun sudah tidak bercinta lagi," katanya kepada Media Hiburan.

Terdahulu Fathia pernah meletakkan niat untuk berkahwin dengan Aiman setelah percintaan mereka memasuki tahun keempat, namun nasib tidak berpihak kepada pasangan ini dan terputus ditengah jalan.

BACA: AYDA JEBAT BUKAN ORANG KETIGA PUNCA AIMAN-FATHIA PUTUS CINTA

Selain itu juga, Ayda Jebat turut menerima tempias bahawa dirinya merupakan punca keretakkan di atas perhubungan Fathia dengan Aiman.

Apabila ditanya ini jawapnya:

"No comment, saya rasa ia sekadar gosip sahaja," katanya.

Berita penuh- di Hiburan Kini


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Fathia Anggap Hubungan Aiman dan Aida Sekadar Gosip"

Post a Comment