Indonesia Jamin Jerebu 2016 Tidak Seteruk 2015


PUTRAJAYA - Masalah jerebu pada tahun ini dijangka tidak akan menjadi seteruk tahun lalu, jamin Kerajaan Indonesia pada Malaysia. 

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, negara jiran memberikan jaminan berkenaan berikutan langkah-langkah proaktif telah dilakukan bagi mengelakkan negara-negara di sekitarnya turut terjejas teruk akibat jerebu.

"Indonesia telah melakukan pelbagai usaha untuk membendung masalah itu termasuk menarik balik tanah-tanah ladang pertanian daripada 20 konsesi pemilikan ladang. 

"Mereka juga bersetuju untuk membeli tiga pesawat Bombardier untuk membanteras pembakaran ladang itu secara lebih berkesan," katanya kepada wartawan BERNAMA. 

Junaidi berharap, langkah-langkah yang diambil oleh Indonesia itu mampu menyelesaikan masalah yang saban tahun berulang. 

Bagaimanapun, Presiden Indonesia Jokowi, sebelum ini pernah berkata bahawa tiada lagi masalah jerebu yang akan berlaku pada tahun depan (2016). Tetapi Menteri Perhutanan dan Alam Sekitar Indonesia pula berkata sebaliknya. - THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Indonesia Jamin Jerebu 2016 Tidak Seteruk 2015"

Post a Comment