Obama Ke Masjid



CATONSVILLE, 4 Feb — Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama mengambil langkah berani semalam untuk mengurangkan kebimbangan rakyat terhadap masyarakat Islam yang sering digambarkan sebagai pengganas.

Buat pertama kalinya sejak dilantik presiden, Obama melawat sebuah masjid AS semalam bagi menjamin kedudukan golongan muda Islam Amerika di negara itu ketika mereka sedang diancam Islamofobia dari sebahagian pihak.

Obama yang mengisytiharkan serangan keatas Islam sama dengan serangan terhadap semua agama, memperkecilkan “retorik politik yang tidak dapat diterima” Donald Trump dan calon presiden lain daripada parti Republikan terhadap umat Islam.

“Kita perlu faham bahawa serangan terhadap satu agama sama seperti serangan terhadap semua agama kita,” katanya semasa berucap di masjid Persatuan Islam Baltimore di sini, yang pernah dua kali diancam tahun lepas.

“Apabila sesuatu agama disasarkan, kita semua ada tanggungjawab untuk bersuara … Ingatlah gereja atau sinagoga atau kuil anda sendiri, dan masjid sebegini akan menjadi begitu biasa.”

Obama turut membuka kasutnya semasa mahu memasuki masjid, sebagai tanda menghormati adat Islam, lapor Reuters.






Obama juga mengiktiraf barisan tentera AS yang beragama Islam, serta Ibtihaj Muhammad, ahli pasukan lawan pedang pertama yang berhijab mewakili Amerika Syarikat ke Olimpik 2016 di Rio.

Menyifatkan kumpulan pengganas Islamic State sebagai versi Islam yang disalah gambar, Obama menggesa masyarakat Muslim untuk “menunjukkan diri anda yang sebenar”.


Beliau kemudian memberitahu sekumpulan kanak-kanak yang memenuhi dewan gimnasium masjid dan menonton ucapannya melalui skrin besar dan bersorak, bahawa mereka juga boleh menjadi presiden satu hari nanti.

“Anda sesuai tinggal di sini. Anda bukannya antara Muslim atau rakyat Amerika. Anda Muslim dan rakyat Amerika,” katanya.




Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Obama Ke Masjid"

Post a Comment