Panjat Pokok Elak Ditangkap Dua Hari Tidak Turun



KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki warga Kemboja menggemparkan penduduk Kampung Sungai Pinang dekat sini se­lepas enggan turun dari atas pokok cengal setinggi 45 meter selepas dua hari.

Difahamkan, warga asing yang hanya dikenali sebagai Zul itu mula memanjat pokok tersebut sejak pukul 11 malam Khamis lalu kerana bimbang ditangkap penduduk kampung selepas dipercayai terlibat dengan kejadian kecurian ayam.

Zul yang berusia sekitar 30-an masih berada di atas pokok terse­but sehingga petang semalam.
Pelbagai usaha dilakukan polis serta anggota bomba dan penyelamat sejak kelmarin untuk memujuknya turun ke tanah, namun dia tetap berdegil.

Lelaki itu sudah berkeluarga dan memiliki dua cahaya mata yang kini berada di Kemboja.

Tinjauan mendapati, lelaki itu tidak menghiraukan pujukan ang­gota penguat kuasa sebaliknya ber- gayut selama lebih 43 jam di dahan pokok berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba Che Shaari Abdullah berkata, seramai 18 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 12.40 tengah hari kel­marin.

"Kita telah cuba pelbagai cara untuk selamatkan lelaki ini dengan menggunakan tangga setinggi 10 meter, tali dan pujuk dia turun tapi masih menemui jalan buntu," katanya ketika ditemui di lokasi ke­jadian.

Difahamkan, Zul sudah tinggal di kampung itu sejak empat tahun lalu dan bekerja sebagai seorang buruh binaan.

Sepanjang dua hari lalu, lelaki tersebut itu dikatakan hanya makan pucuk daun cengal, malah me- nolak makanan yang mahu diberikan oleh pasukan penyelamat dan penduduk kampung.

Kosmo! Ahad yang menghubungi pihak bomba malam tadi bagaimanapun dimaklumkan le­laki itu akhirnya menyerah kalah apabila turun dari pokok tersebut sekitar pukul 9.30 malam akibat keletihan dan kelaparan.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Panjat Pokok Elak Ditangkap Dua Hari Tidak Turun"

Post a Comment