Bunuh Murid Dipenjara 20 Tahun


PUTRAJAYA: Seorang bekas guru sebuah sekolah agama di Arau, Perlis diperintah menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana menyebabkan kematian tanpa niat membunuh muridnya yang berusia tujuh tahun, lima tahun lalu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Ahmadi Asnawi yang bersidang bersama Tan Sri Idrus Harun dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan demikian setelah membenarkan rayuan Hanif Mohamad Ali, 32.

Kuorum berkenaan mengetepikan hukuman gantung yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi terhadap sabitan membunuh dengan niat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mahkamah menggantikan hukuman mati dengan penjara 20 tahun di bawah kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh mengikut Seksyen 304 (a) kanun yang sama.

- Utusan Malaysia


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Bunuh Murid Dipenjara 20 Tahun"

Post a Comment