Anugerah Bisnes Utusan Iktiraf Syarikat Beretika



KUALA LUMPUR 1 Mac - Penerima Utusan Business Awards 2015 bagi kategori Kecemerlangan Industri dalam Kejuruteraan, TNB Repair and Maintenance Sdn. Bhd. (TNB Remaco), menyifatkan anugerah tersebut berupaya melonjakkan nama syarikat pada masa depan.

Pengarah Urusan TNB Remaco, Anuar Yusoff berkata, ia secara tidak langsung menjadikan syarikat lebih dikenali dari segi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan berbanding syarikat induknya, Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Saya melihat anugerah ini dapat membantu kami untuk berkembang dalam pasaran dan membuatkan produk dan perkhidmatan kami dikenali.

“Ini memandangkan industri lebih mengenali TNB, yang juga merupakan syarikat induk kepada TNB Remaco,” katanya selepas Majlis Utusan Business Awards 2015 di sini hari ini.

TNB Remaco pertama kali ditubuhkan sebagai unit di bawah Lembaga Letrik Negara (LLN) pada 1979 sebagai Kumpulan Penyelenggaraan Berpusat yang menjalankan kerja-kerja baik pulih dan perkhidmatan turbin.
Sejajar dengan penswastaan LLN pada 1990, unit tersebut berkembang dan menjadi satu daripada syarikat swasta yang dikenali sebagai TNB Remaco pada 1995 dan dimiliki sepenuhnya oleh TNB.

Syarikat tersebut juga menerokai pasaran luar di Pakistan, Arab Saudi dan Kuwait serta menjalankan kerja-kerja di Myanmar, Indonesia, Brunei, Yemen dan Singapura.

Menyentuh tentang penganjuran Utusan Business Awards 2015 yang pertama kali diadakan itu, Anuar berharap lebih banyak syarikat dapat diberi pendedahan pada masa hadapan.

“Ini kerana anugerah sebegini dapat membantu menaikkan nama syarikat supaya mereka lebih dikenali bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara,” katanya.

Anugerah Sepanjang Hayat
• Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd.,Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman
• Presiden Limkokwing University of Creative Technology, Tan Sri Dr. Lim Kok Wing
• Pengerusi Eksekutif Westports Malaysia, Tan Sri G. Gnanalingam
Anugerah Kecemerlangan Industri
• Sektor Pengangkutan: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana (M) Bhd., Datuk Azmi Abdul Aziz
• Sektor Latihan dan Pembangunan: Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Bhd., Datuk J. CM Vignaesvaran
• Sektor Telekomunikasi: Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom (M) Bhd., Tan Sri Zamzamzairani Mohd. Isa
• Sektor Teknologi: Ketua Pegawai Eksekutif Technology Park Malaysia, Datuk Ir. Mohd Azman Shahidin
• Sektor Hiburan Sukan: Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang Sdn. Bhd., Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali
• Sektor Pembangunan Hartanah: Pengarah Urusan Kumpulan Kumpulan l&P Sdn. Bhd., Datuk Ir. Jamaludin Osman
• Sektor Pendidikan Swasta: Pengarah Urusan Brickfields Asia College, Raja Singham
• Sektor Minyak dan Gas: Naib Presiden Rantau Asia Halliburton, Rao Abdullah
• Sektor Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Paparan: Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Datuk Badlishah Ahmad
• Sektor Perkhidmatan Landskap: Pengarah Urusan Satar Landscaping Sdn. Bhd., Datuk Seri Abdul Satar Khan
• Sektor Insurans: Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Life Assurance (M) Bhd., Datuk Koh Yaw Hui
• Sektor Kesihatan: Pengarah Urusan Kumpulan Chemical Company of Malaysia Bhd., Leonard Ariff Abdul Shatar
• Sektor Hospitaliti: Pengarah Eksekutif MK Land Holdings Bhd., Felina Mustapha Kamal
• Sektor Kejuruteraan: Pengarah Urusan TNB Repair and Maintenance Sdn. Bhd., Anuar Yusoff
• Sektor Keselamatan Siber: Ketua Pegawai Eksekutif AKATI Consulting (M) Sdn. Bhd., Krishna Rajagopal
• Sektor Sosial Korporat: Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Tan Sri Abdul Aziz Zainal
• Sektor Pembinaan: Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Corporation Bhd., Datuk Soam Heng Choon
• Sektor Automotif: Pengerusi Eksekutif Ingress Auto Sdn. Bhd., Datuk Dr. Rameli Musa
Anugerah Kepimpinan Cemerlang
• Syarikat Konglomerat Terbaik: Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Bhd., Tan Sri Dr. Mohd. Khamil Jamil
• Jenama Terbaik: Ketua Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd., Datuk Ir. Zainudin A. Kadir
• Usahawan Bumiputera Terbaik: Ketua Pegawai Eksekutif Sedania Corporation Sdn. Bhd., Datuk Azrin Mohd. Noor
• Personalis Terbaik: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM Malaysia Holdings Bhd., Datuk Sheikh Awab Sheikh Abod
• Ketua Pegawai Eksekutif Wawasan Terbaik: Ketua Pegawai Eksekutif Masterplan Consulting Sdn. Bhd., Datuk Ahmad Faris Abdul Halim
• Usahawan Harapan Wanita Terbaik: Pengarah Urusan Megapadu Sdn. Bhd., Datuk Normaziah Sheik Mohamed
• Ketua Pegawai Eksekutif Wanita Terbaik: Pengarah Urusan Pharmaniaga Bhd., Datuk Farshila Emran
• Usahawan Terbaik: Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel
• Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata Bhd., Datuk Seri Jamaludin Ibrahim
• Ikon Bisnes Terbaik: Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corporation Bhd.. Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din
-Utusan


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Anugerah Bisnes Utusan Iktiraf Syarikat Beretika"

Post a Comment