Kerajaan Tarik Balik Subsidi Tepung 25Kg


 Putrajaya: Kerajaan memu tuskan untuk menarik balik subsidi tepung gandum bagi kegunaan dalam pek 25 ki lograni (kg) mulai semalam.

Ketua Setiausaha Kemen terian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Ke- penggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad ber kata, langkah penarikan ba­lik subsidi itu dibuat memandangkan kebanyakan pengguna mahupun isi ru mah tidak membeli tepung bersaiz berkenaan.

"Bagaimanapun, keraja­an masih mengekalkan subsidi bagi tepung gan­dum bersaiz sekilogram dengan setiap satu kg pek tepung gandum ditawarkan pada harga runcit RM1.35," katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, semalam.

Difahamkan, keputusan itu dicapai selepas mesyua rat KPDNKK bersama pe ngilang minggu lalu.
Sebelum ini, harga subsidi tepung gandum bagi pek 25kg dipasarkan pada harga runcit RM33.75 dan harga meningkat kepada RM42 tanpa subsidi.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Kerajaan Tarik Balik Subsidi Tepung 25Kg"

Post a Comment