Muhyiddin Akan Perjelas Semua Pekara



Sepang: Timbalan Prcsiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Ya sin akan menjelaskan semua perkara berkaitan dirinya, termasuk penggantungan dan kedudukan beliau dalam parti, pada Khamis ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, ketika ini beliau masih berada dalam UMNO.
"Dalam dua hari lagi saya akan menjelaskan semua perkara yang berkaitan (ter masuk) penggantungan, ke dudukan saya dan hal lain yang perlu saya jelaskan.

"Sementara itu, saya masih berada dalam UMNO, terima kasih kepada sahabat yang datang memberi sokongan,"
katanya ketika ditemui media sebaik tiba dari Vietnam di Lapangan Terbang Anta rabangsa Kuala Lumpur
(KLIA), di sini.

Jumaat lalu, Majlis Terting- gi UMNO sebulat suara me- mutuskan penggantungan jawatan Muhyiddin sebagai timbalan presiden parti, ber kuat kuasa serta merta.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas mesyuarat lebih dua jam yang di pengerusikan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hisham muddin Hussein.

Keputusan itu dibuat tanpa kehadiran Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Muhyiddin Akan Perjelas Semua Pekara"

Post a Comment