Seramai 130 Ahli PKR dan SDP Menyertai BN


LIMBANG: Seramai 130 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di sini mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) berkuat kuasa serta-merta.

Borang keahlian menyertai TERAS diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Gumbang pada satu majlis ringkas di Rumah Aling, Pulau Brunei Medamit Sabtu lalu.

Paulus berkata, kepercayaan diberikan penduduk kampung kepada beliau selaku pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) penting untuk melaksanakan lebih banyak pembangunan demi kemudahan rakyat khususnya di Batu Danau.

“Kepercayaan ini penting bagi memastikan saya akan terus berkhidmat dengan penuh tanggungjawab membawa lebih banyak pembangunan,” katanya.

Sebelum ini, Rumah Aling dianggap kawasan hitam namun kini menjadi kawasan putih selepas ramai penduduk kampung kini menyokong BN.

Paulus menjelaskan, TERAS juga semakin bertapak di hati penduduk kampung berikutan ramai penduduk datang ke pejabat parti itu mendapatkan borang permohonan keahlian.

Turut hadir isteri Paulus, Mary Sindang, Pemanca Willie Marum, Penghulu Robert Kunyu dan ahli jawatankuasa TERAS Batu Danau.-Utusan Borneo


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Seramai 130 Ahli PKR dan SDP Menyertai BN"

Post a Comment