'Banyak Amalan Membazir Dalam Trend Perkahwinan Zaman Ini'


Dalam pemerhatian saya, terdapat beberapa budaya baru dalam perkahwinan kita. Budaya ini tiada nilai tambah sebenarnya. Ia lebih kepada rasa kagum tetamu yang datang sahaja.

Jika ia membazir, baik berhentikan sahaja. Saya perhatikan:

1. Ada sudut bergambar siap dengan misai palsu segala.

2. Ada sudut sediakan lolipop, candy dan chocolate milk. 

3. Banner dan bunting gambar pengantin.

4. Foto pra perkahwinan yang tidak syariah compliance. Belum kahwin lagi dah pegang tangan. 

5. Hiasan khemah yang sama dengan warna baju pengantin.

6. Tema pakaian sama warna untuk semua ahli keluarga.

7. Ruang karaoke untuk orang kecewa tak dapat kahwin.

8. Kenduri tempah banglo, bukan pacak khemah cuma.

9. Ada menu tambahan rusa golek dan kijang panggang.

10. Goodies kahwin mesti yang cantik dan mahal harganya di mana kosnya ditanggung oleh bakal suami.

Sebelum ini telah banyak amalan kita yang membazir sebenarnya. Kita 'halalkan' saja dengan hujah, "Kahwin hanya seumur hidup sekali sahaja, apa salahnya?". 

Jika kita belum membeli rumah, kurangkanlah khemah. Berkahwinlah secara sederhana dan berhemah. WallahuA'llam. - Azizul Azli Ahmad | THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "'Banyak Amalan Membazir Dalam Trend Perkahwinan Zaman Ini'"

Post a Comment