Menteri Besar Kedah Nakhoda Salah Haluan



HOT KELATE-Krisis dalaman Umno Kedah membabitkan Sri Mukhriz Mahathir tidaktimbul isu keterlibatan Datuk Seri Najib dalam isu ini walaupun ada sesetengag pihak pengguna media sosial cuba mengaitkan isu yang sedang hangat ini Mukhriz Vs Najib.
Untuk makluman,isu ini sebenarnya krisis ketidakkepercayaan sebahagian besar para pemimpin Umno Kedah kepada Menteri Besar Mukhriz Mahathir sehingga timbul desakkan supaya beliau berundur dari memikul jawatan menteri besar dan pengerusi perhubungan Umno Kedah.
Apa yang berlaku kini antara Adun dan Ahli Parlimen Kedah dan sudah pasti mereka labih bijak dan lebih tahu apa yang terjadi dengan pentadbiran semasa.
Mukhriz Mahathir tidak perlu atau boleh menafikan beliau tidak lemah namun disebalik penafian Mukhriz juga perlu muhasabah kerana sesuatu yang terjadi pasti ada sebab musabab.
Mengikuti telunjuk mantan perdana menteri sebelum Pak Lah dan kuncu-kuncunya juga dilihat seperti membiak virus barah dalam perjuangan Mukhriz.
Untuk apa Mukhriz kurang yakin dengan nakhoda kapal yang telah membuktikan kesetabilan negara walaupun menghadapi tekanan pakar-pakar fitnah dalam dan luar negara.
Mukhriz bagaikan srigala yang terpisah dari kumpulan yang mudah diburu dengan membawa hasrat para penentang Najib.
Kenapa Mukhriz rela dilihat tidak bersama walaupun semeja,apakah dia anggap segala tindakkannya  tidak diperhatikan dan apakah Mukhriz ingat tindakkan duduk semeja naluri tidak bersama akan memberi kekuatan kepada beliau.
Jika naluri tidak bersama ia akan menimbulkan rasa kurang senang pada rakan-rakan lain,atau pada masa itu Mukhriz ingat Adun dan Ahli Parlimen Kedah akan dengar cakapnya,jika itu anggapanya beliau telah melangkah dalam keadaan salah.
Dengan tak malunya Mukhriz menyerahkan kepada rakyat menilai kerjabuatnya namun sudah terlambat dan silap,kerana tidak semua rakyat memilih senyum sebagai manis tidak beracun.
Sebagai seorang nakhoda,sepatutnya Mukhriz rasa malu apabila anak kapal membrontak,pembrontakan itu kerana nakhoda salah haluan.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Menteri Besar Kedah Nakhoda Salah Haluan"

Post a Comment