'Tesco Ampang Buat Bodoh Saja Bila Saya Buat Aduan Makanannya Berulat'


AMPANG - Seorang pelanggan meluahkan rasa tidak puas hatinya pada pihak pengurusan Tesco Ampang yang didakwanya tidak endah dengan aduannya mengenai makanan yang dijual sudah berulat. 

"Tadi pergi Tesco Ampang nak beli makanan. Saya pun pergilah tarik kotak makanan segera, maklumlah malas nak memasak hari ini. 

"Tarik-tarik, ambik kau! Semua sudah berulat dan telah dimakan oleh tikus. Tangan pula sudah terpegang, terus pergi cuci dengan sabun. Bayangkanlah kalau anak-anak pergi berlari dan pegang benda itu, kemudian pegang pula mulut, boleh mengundang penyakit yang tidak diingini dan mungkin boleh membawa maut," kata Faiiz Mohd Ramli di laman Facebook.






Menurutnya, perkara itu telah diadukan kepada pihak pengurusan Tesco Ampang, namun mereka tidak endah dan buat bodoh sahaja. 

"Report management, mereka buat bodoh saja. Inilah tahap kebersihan makanan di Tesco Ampang," katanya.

Justeru, Faiiz menasihatkan agar orang ramai berhati-hati dan memeriksa makanan yang mahu dibeli. - THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "'Tesco Ampang Buat Bodoh Saja Bila Saya Buat Aduan Makanannya Berulat'"

Post a Comment