'Siapa Kita Nak Memandai-mandai Ceraikan Isteri Orang Lain?'


Kita tiada kuasa menceraikan isteri orang lain

Saya merancang untuk membeli beberapa barangan dari sebuah kedai berdekatan rumah. Ketika berbincang-bincang dengan suami, beberapa kali saya berkata,
"Let's go at certain time, when the merchant's wife is not around. I can't stand her. She is fussy and her husband seems to be under her control. I know the wife won't be around at certain times as she is busy with her children. They have 6-7 young children I think". 
(Mari kita pergi waktu tertentu bila isteri peniaga itu tiada di kedai. Saya tidak tahan dengan isterinya. Dia cerewet, dan suaminya macam dikawal oleh dia. Saya tahu dia tidak akan berada di sana pada waktu tertentu sebab dia sibuk dengan anak-anaknya. Saya rasa mereka ada 6-7 orang anak kecil".)

Petang itu ketika dalam perjalanan ke kedai mereka, saya berfikir sendirian lantas beristighfar beberapa kali.

Ia benar-benar bukan bidang kuasa saya untuk memikirkan yang buruk tentang isteri orang lain. Isteri dia, pilihan dia. Apa hak saya untuk mempersoalkan pilihannya, cita rasa dia. Isterinya cerewet, isterinya gemuk, isterinya kedekut, isterinya sombong, isterinya sukar senyum, isterinya mengawal suami. Dia yang memilih wanita itu untuk dikahwini dahulu, pasti dia sudah memikirkan segalanya - sifat, rupa paras dan perangai isterinya itu.

Isteri peniaga itu, kelihatan seolah cerewet dan mengawal suaminya kerana dia isteri yang cerdik. Masakan tidak, mereka punyai anak kecil yang ramai. Perniagaan itu sumber pendapatan keluarga mereka. Andai si isteri tidak cerewet, tidak kedekut dan bersikap sambil lewa terhadap perniagaan mereka, alamatnya bisnes lingkup, maka tiadalah sumber untuk menyara keluarga. Isteri peniaga itu, saya yakin melakukan yang terbaik untuk keluarganya. Itu contoh isteri yang bijak. (Peniaga itu dan isterinya, kedua-duanya bukan Islam, keturunan Maori atau berasal dari kepulauan Pacific, jadi asas perniagaan mereka bukanlah sedekah. Jika mereka Islam sudah pasti saya tekankan aspek sedekah dalam perniagaan.

Jika saya berada di tempat isteri itu pasti saya berasa sedih andai ada orang yang mempersoalkan pilihan suami saya untuk memperisterikan saya atas sebab rupa paras saya, atau kelakuan saya, atau taraf akademik saya.

Pasti saya akan mengeluarkan hujah berbentuk,
"Kau siapa nak persoalkan kenapa dia kahwin dengan aku? Kau tidur sebantal dengan dia? Kau tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga kami? Susah senang yang kami lalui, jatuh tersungkur bangun semula jatuh lagi berkali-kali yang kami hadapi? Kau tiada sebarang hak untuk mengatakan suami aku berbuat silap dengan mengahwini aku, apatah lagi mempersoalkan tindakan suami aku memilih aku sebagai isterinya".
-"Kalau isteri aku sudah lama aku ceraikan".-

Pokok rumah tangga adalah kesabaran dan kebaikan terhadap ahli keluarga. Andai seorang lelaki yang baik, dia mampu bersabar dengan apa sahaja yang menimpa rumah tangganya, kemudian datang pemerhati yang mengungkapkan dialog pedih seperti "Kalau isteri aku sudah lama aku ceraikan". Maka suami yang bersabar itu, ketahuilah untuk hal seperti itulah diciptakan istilah KALAU. Sebab itu ayat tersebut diawali dengan KALAU. Kerana Allah pun memang tidak memilih si pemerhati (sesiapa sahaja yang mengungkap ayat di atas) untuk menjadi suami kepada isteri di dalam dialog itu. Sebab Allah tahu KALAU dia jadi suami kepada isteri itu dia akan sewenang-wenangnya menceraikan isterinya tanpa bertindak pro aktif untuk mendahulukan sabar dan tenang. Ini contoh orang gelojoh.

Saya juga pernah berhadapan dengan orang yang mengatakan, "Kalau isteri aku sudah lama aku ceraikan" atas sikap terpencil saya yang suami saya sudah lazimi dan get used to it, dan sikap tersebut bukan maksiat atau berdosa. Kemudian saya dan suami melihat dari atas ke bawah orang yang mengata tersebut lantas kami berhahaha bersama. Pondan rupanya.

Hanya pondan sahaja yang sewenang-wenangnya suka-suka menceraikan isteri orang lain. Lelaki tulen, fine gentleman tidak buat begini. Kerana orang budiman tahu batas hidupnya, bahawa dia tidak akan suka jika isteri yang dikahwininya, pilihan hatinya dipersoal dan diperlekehkan dan dia faham bahawa tiada sesiapa berkuasa menceraikan isteri orang lain walaupun dilapis dengan kalau dan segala jenis kata-kata. - Norfaradina Ab Ghafar | THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "'Siapa Kita Nak Memandai-mandai Ceraikan Isteri Orang Lain?'"

Post a Comment