Beranikah Mukhriz Bbubar DUN


SHAH ALAM – Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah akan terjejas sekiranya beliau bertindak membubarkan Dun.
Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan) Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur, Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, ini kerana tindakan tersebut boleh dianggap sebagai alasan bahawa Mukhriz sudah kehilangan sokongan majoriti.
“Jika beliau menghantar surat untukmembubarkan Dun, Sultan Kedah ada hak untuk tidak membubarkan Dun tetapi menganggapnya sebagai pengakuan bahawa beliau sudah hilang sokongan dan sultan boleh melantik menteri besar baru,” katanya dalamkenyataan, semaSelain itu, menurut beliau, Mukhriz juga boleh hilang jawatan menteri besar jika berlaku undi tyidak percaya dilakukan pada Sidang Dun.
“Walaupun kaedah undi tidak percaya tidak ada dalam Undang-undang Tubuh Negeri Kedah atau mana-mana perlembagaan di Malaysia, kaedah ini merupakan cara yang sangat jelas untuk menunjukkan seseorang itu hilang kelayakan untuk terus memegang jawatan menteri besar.
“Ini adalah amalan yang berlaku dalam sistem Wesminster yang menjadi panduan sistem politik di Malaysia,” katanya.
Muhammad Fathi berkata, kedudukan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu juga dalam bahaya jika semua exco meletakkan jawatan dan Mukhriz gagal melantik penggantinya.
“Jika berlaku, ia merupakan bukti jelas bahawa Mukhriz hilang sokongan untuk memerintah,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, dalam situasi tersebut Mukhriz mungkin masih berpeluang mempertahankan jawatannya jika beliau melompat parti dan melantik Adun Pas sebagai exco.
“Sekiranya Mukhriz berjaya tarik sebahagian Adun BN dan Adun Pas untuk sokong, dan jika didapati cukup majoriti, senario itu tak mustahil. Tapi ia sangat tidak mungkin berlaku,” katanya.

Sinar Harian


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Beranikah Mukhriz Bbubar DUN"

Post a Comment