Mufti Arab Saudi Haramkan Permainan Catur


ARAB SAUDI - Mufti Arab Saudi telah mengisytiharkan bahawa permainan catur diharamkan, sebelum bermulanya kejohanan catur di Mekah. 

Menurut Abdul-Aziz bin Abdullah, permainan purba yang dikatakan berasal dari India pada abad keenam itu adalah membuang masa.

"Permainan catur adalah permainan yang membazir masa dan peluang untuk mensia-siakan wang. Ia boleh menyebabkan permusuhan dan kebencian di antara rakyat," katanya. 

Sesetengah media antarabangsa tersilap melaporkan bahawa negara itu telah mengharamkan permainan catur. Bagaimanapun, mufti berkenaan menyatakan bahawa pengumumannya itu tidak membawa pada penguatkuasaan undang-undang. - THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Mufti Arab Saudi Haramkan Permainan Catur"

Post a Comment