Hentam Najib Okay,Hentam Mukhriz Jelek



HOT KELATE-Penentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib kata(bekas ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Tenggara Asrul Esreen Mohd Salleh),Orang Umno sudah hilang keyakinan kepada presiden dan orang Melayu menyampah dengan Umno,Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pula melahirkan kebimbangan mungkin perpecahan dalam Umno akan membarah kerana sikap penentangan yang ditunjukan oleh ahli parti terhadap Perdana Menteri.

Bila Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Mukhriz Mahathir ditentang pandai pula Tan Sri Muhyiddin Yassin kata, Umno bakal berhadapan perpecahan dalaman yang semakin ketara jika tindakan seumpama itu diteruskan.

Tindakan Tun Mahathir ,Tan Sri Muhyiddin Yassin,Shafie Apdal serang Datuk Seri Najib Razak dengan modal bukan sedikit dalam beberapa isu,adakah tindakan itu boleh menguatkan Umno.

Ingatlah melakukan pembedahan untuk membuang duri dalam daging adalah lebih baik daripada dibiarkan daging memburuk sehingga menanah dan memuntahkan orang lain yang menghidunya.

Oleh itu Amaran Tan Sri Muhyiddin bahawa Umno bakal berhadapan perpecahan dalaman yang semakin ketara jika tindakan seumpama itu diteruskan,adalah satu tindakan orang-orang kecewa kerana melihat perbuatan orang lain tanpa menilai perbuatan sendiri sebelum ini.

Dalam situasi ini tidak kiralah pembangkang atau pro kerajaan akan menggunakan rakyat,sedangkan berapa ramai pula rakyat Kedah melihat kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir patut dinilai semula,malah ramai yang bertanggapan Menteri Besar pada masa Pas memerintah Kedah lebih mesera rakyat.

Jika apa yang berlaku dalam politik Kedah dianggap jelik,adakah tindakan menyerang Datuk Seri Najib dengan pelbagai fitnah tanpa bukti harumnya seperti kasturi.

Jika Tan Sri Muhyiddin mahu bercakap tentang kejelekan yang berlaku dalam politik Kedah,adalah lebih baik siasat dahulu kenapa dan mengapa orang-orang Umno disana tidak suka Mukhriz.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Hentam Najib Okay,Hentam Mukhriz Jelek"

Post a Comment