Ekonomi Dunia Dijangka Berlarutan



PERTUMBUHAN ekonomi di banyak negara dijangka terus terencat, ekoran kemelesetan ekonomi global yang berterusan kesan daripada suasana ekonomi dunia yang suram pada tahun ini.

Tahun 2016 yang baru membuka tirainya tercemar dengan dua insiden serangan bom dan tembakan di Istanbul, Turki pada 12 Januari lalu di Dataran Sultanahmet mengorbankan 10 orang pelancong Jerman dan mencederakan 15 yang lain, diikuti serangan di Jakarta dua hari kemudian, yang mengorbankan tujuh orang dan mencederakan 33
yang lain.

Suasana ekonomi dunia yang suram dijangka berlarutan sehingga akhir tahun ini akibat konflik di rantau Asia Barat, krisis diplomatik antara Arab Saudi dan Iran, krisis pelarian di Eropah, kejatuhan harga minyak dunia, kejatuhan harga komoditi utama dunia, kejatuhan nilai mata wang di banyak negara termasuk Malaysia dan konfrantasi di semenanjung Korea ekoran ujian bom hydrogen Pyongyang serta krisis maritim di Laut China Selatan.

Harga minyak jatuh merudum ke paras terendah dalam tempoh 12 tahun pada harga AS$29 setong, ekoran tin- dakan Arab Saudi menjual simpanan minyaknya pada har­ga yang rendah ke Eropah sebagai tindak balasnya terhadap 'campur tangan' Teheran dalam konflik di Syria dan Yemen.

Tindakan Arab Saudi itu juga sebagai bantahan terha­dap perjanjian Iran dengan kuasa-kuasa Barat berhubung program nuklear Iran pada tahun lalu, sehingga mengundang kemarahan Teheran kerana memberi kesan kepada ekonomi Iran.

Pertumbuhan ekonomi dunia juga banyak dipengaruhi keadaan ekonomi dan sosio-politik di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) yang sedikit terjejas akibat krisis pelarian Islam dari Asia Barat dan Asia.

Rantau Asia Barat, benua Afrika dan Amerika Latin yang bergolak dan dibelenggu konflik serta krisis dijangka paling teruk terjejas akibat kemelesetan ekonomi dunia sekarang.
Keamanan dan kestabilan terus menjadi faktor penting

Presiden Bank Dunia, Jim Yong Kim berkata, kajian Prospek Ekonomi Global (Global Economic Prospects) oleh Bank Dunia yangditerbitkan pada Januari 2016, mendapati pertumbuhan global 2016 masih lemah, tetapi sedikit meningkat daripada 2.4 peratus pada 2015 kepada 2.9 peratus pada tahun ini dengan pemulihan ekonomi di negara-negara maju.

Malaysia sendiri telah membuat adjustment kepada Bajet 2016 setelah mengambil kira keadaan ekonomi global, kejatuhan nilai mata wang dan kejatuhan harga minyak serta harga komoditi yang memberi kesan langsung kepada pendapatan minyak negara dan pendapatan eksport.

Harga komoditi dijangka mengalami kesan langsung daripada kejatuhan harga minyak lebih-lebih lagi dengan kejatuhan nilai mata wangbeberapa negara pengeksport dan pengukuhan mata wang dolar AS, euro dan pound Britain.

Negara Dunia Ketiga dan Negara Membangun yang bergantung sepenuhnya pendapatan kepada sumber pertanian dijangka mengalami kejatuhan harga komoditi berterusan ekoran peningkatan penawaran dalam pasaran terutama dengan nilai pertukaran asing yang tinggi dalam eksport berbanding dolar AS.

Selain itu, industri-industri lain dijangka turut terjejas terutama industri pelancongan dengan keganasan terus berlaku di banyak negara yang bergantung kepada industri itu seperti Mesir, Turki, Indonesia, Eropah dan AS sendiri.

Kelembapan ekonomi dunia turut memberi kesan kepada sektor lain termasuk sektor pasaran modal, har- tanah dan kewangan dunia, dengan pasaran modal di China yang paling pesat berkembang jatuh teruk sebanyak 7 peratus pada hari pertama dagangan awal tahun ini ekoran konfrantasi Arab Saudi-Iran.

Laporan Bank Dunia itu berkata, kelembapan ekonomi yang dialami kebanyakan negara membangun akan me- rencatkan usaha membasmi kemiskinan dan membawa kemakmuran kepada penduduk.

Kelembapan ekonomi dunia akan turut memberi ke­san kepada peningkatan kadar pengangguran di banyak negara.
"Lebih 40 peratus penduduk miskin dunia berada di Negara-negara Membangun di mana kebanyakan Negara Membangun ini mengalami pertumbuhan ekonomi yang lembab dan perlahan sepanjang 2015," kata laporan Bank Dunia itu.

Jim berkata, pertumbuhan ekonomi dunia pada 2016 akan banyak bergantung kepada momentum di negara-negara maju, kestabilan harga komoditi dan pertumbuhan ekonomi China yang kini mengalami pertumbuhan yang sederhana.

Pertumbuhan ekonomi di negara-negara maju dijangka meningkat kepada 4.8 peratus pada 2016, daripada 4.3 peratus pada tahun lalu, kata laporan itu.

Rusia dan Brazil pula dilaporkan dijangka terus me­ngalami kemelesetan dan India dijangka mengalami pertumbuhan positif dengan dasar pembaharuan ekonomi yang memberangsangkan di negaraitu.

Penubuhan Komuniti ASEAN pada tahun ini boleh memainkan peranan penting bagi membantu merangsang ekonomi negara-negara anggota pertubuhan serantau itu dengan menggerakkan Komuniti Ekonomi ASEAN yang merupakan komponen penting dalam komuniti serantau itu bagi membantu pertumbuhan serantau dan negara anggota.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Ekonomi Dunia Dijangka Berlarutan"

Post a Comment