JANDA DIGANGGU LELAKI GILA SEX SELEPAS DIA DIFITNAH

JANDA DIGANGGU LELAKI GILA SEX SELEPAS DIA DIFITNAH



Seorang janda muda hidup dalam ketakutan akibat diganggu beratus lelaki gila seks selepas dia difitnah sebagai pelacur bohsia melalui media sosial.


Difahamkan tindakan itu dilakukan bekas suaminya sebagai tindakan balas dendam selepas mangsa enggan rujuk kembali perkahwinan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ain,25 tahun, berkata, dia trauma dan malu apabila bekas suaminya berusia 27 tahun menyebarkan gambar dan nombor telefon bimbit melalui media sosial sejak sebulan lalu.

Menurutnya, dia dituduh sebagai "bohsia" dan boleh dilanggan untuk perkhidmatan seks oleh mana-mana lelaki.

Katanya, tujuh laporan polis sudah dibuat terhadap bekas suaminya ekoran penyebaran mesej viral mendakwa dirinya adalah bohsia.

Sementara itu pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul yang dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dab siasatan masih dilakukan pihaknya.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "JANDA DIGANGGU LELAKI GILA SEX SELEPAS DIA DIFITNAH"

Post a Comment